Thursday, June 9, 2016

PAPANTANDA NAMA JALAN KAMPUNG

Para Kontraktor,
dulu setiap kerja undi atau Kelas F (G1), kena sediakan Papantanda PIA atau PIAS sekarang tidak lagi. Kontraktor kena sediakan Papantanda Nama Jalan atau Lorong di satu-satu kawasan.
Bermula tahun ini... jadi anda boleh dapatkan Papantanda tersebut dari kami dengan harga LESS 50% dari CLAIM anda!

Call/watapz : 017-354 4346 / 017-399 9637

BANNER & BUNTING MURAH

Datanglah ke kedai kami di No. 13, Jalan TJ 1/4B, Kawasan Perindustrian Tuanku Jaafar 1, Seremban @ Call / Watapz 017-354 4346 / 017-399 9637

Friday, March 18, 2016

Signboard / Papantanda Kedai

Info kali ini :
sesiapa yang nak menempah Signboard / Papantanda Kedai bolehlah hubungi saya :
017-354 4346 / 017-399 637

Atau datang ke premis : LIZA ADVERTISING
No. 13, Jln. TJ 1/4B, Kaw. Perindustrian Tuanku Jaafar 1,
71450 Sg. Gadut, Seremban, Negeri Sembilan.
(Mudah set GPS).

Saya TEGASKAN ...
Be A SMART User.

Ada pelbagai jenis Papantanda / Signboard di Malaysia.
Saya buat semua jenis melainkan LED/Neon.

Lightbox (Berlampu)






Antara Contoh yg terbaru yang telah kami pasang

Berikut Signboard/Papantanda Zink











Add caption



Kami sukalah untuk memberitahu anda semua :Jangan bertanyakan harga dan membuat keputusan memilih yang paling murah.
Itu salah.
Atau tanpa apa2 ilmu berkaitan  Iklan anda ditipu mendapat hasil yang murah tapi membayar dengan harga mahal.
Cuaca di negara kita sudah mencecah tahap tidak terkawal. Begitu banyak papantanda yang dipasang bermasalah.
So jadilah pengguna yang bijak.
Anda bayar untuk kepenggunaan yang mampu mencecah sehingga melebihi 3 tahun kan lebih menguntungkan daripada anda terpaksa menukar Signboard setiap tahun kerana china produk serta Inkjet Print Signboard hanya boleh bertahan kurang dari setahun. Tulisan dan gambar akan pudar, berjalur2 dan akhirnya tidak dapat dibaca butirannya.

So don't make mistake... make a right choice at the right place...

 

Monday, February 15, 2016

Semangat Usia 50 Tahun

Hari ini adalah Ulangtahun ke 50 saya.
Bersyukur kepadaNYA kerana memberi saya nyawa sehingga hari ini dapat mengecapi kehidupan di mukabumiNYA.
Siapalah saya hanya perantau yang dilahirkan dan menunggu masa untuk pulang ke pangkuanNYA.
Syukur kepadaNYA juga di atas sambutan hari Ulangtahun anak kedua saya iaitu Mohd Azmi yang ke 21. Kami meraikannya pada tarikh yang sama iaitu 15hb. Februari.

Ingin saya kongsikan bersama semua,
hari ini jika kita perhatikan ramai yang tak sempat mencecah usia 40 tahun.
Hidup dan mati adalah perkara yang penuh tanda tanya. Seorang doktor pakar misalnya tidak dapat memastikan saat kematian seseorang, dia hanya boleh meramal.

Ertinya kehidupan dan hayat seseorang hanya DIA yang tahu.

Kepada belia, anak muda, remaja atau sesiapa yang baru mengenal sifir, memegang gaji pertama atau yang baru memiliki rumah sendiri.... jaga tuturkata. Jangan sekali2 biadap atau berbahasa kasar terhadap orang yang lebih tua. Saya beri contoh ; dalam 1 episod rancangan realiti, salah seorang dari juri memberitahu yang dia telah berumur 50++ lalu pengacara buat2 terkejut dan berkata "Ohh dah tualah ....." Disambut oleh juri tadi "ya saya memang dah tua tapi awak tengok sama ada awak boleh mencecah usia saya ni ke tidak!" Tersipu2lah si pengacara tadi....
Jadi kalau orang tu berotak yang berguna (semua org berotak tapi belum tentu berguna yer!) dia pasti malu dan merasa sangat bersalah sebab maksud si juri tadi... dia bangga mencecah usia tua tu sedangkan tak siapa tahu orang lain yang lebih muda mampu mencecah usia setua dia.
Usia manusia sekarang begitu rapuh jadi bila mencecah 40 tu dah patut bersyukur dan sedar diri.

Hargailah kehidupan yang diberiNYA.
Begitu ramai orang yang sakit minta dipanjangkan umur ... bermati-matian melawan penyakit, ingin cepat sembuh... di sebaliknya ada pula yang saja nak mati cepat! Begitu tidak tau menghargai nyawa yang diberi Pencipta.

Sama2lah kita berenung-renungan bukan pada bulan mengambang tapi pada jiwa kita sendiri.
Apakah yang selama ini kita buat untuk kebaikan diri, keluarga dan agama. Usahlah kita beriri hati, berkecil hati atau makan hati dengan kehidupan ini KERANA tu sumer FOYO belaka! (Ini jawaban awie... jawaban saya lain). 
KERANA kita hidup sementara. Apa yang ada pinjaman belaka yang mana di dunia pinjaman dengan bank, akhirat pulak.... tinggal semua modal kain putih jer!
BUANGLAH HASAD DENGKI sebab ia merosak jiwa. "Makan dalam tu... bro!" Apa tidaknya... orang duit banyak kita pulak tak tidur lena... aper cher?
JANGAN TAMAK... kita nak untung RM5 sampai nak orang lain dapat HANYA 5 sen! Usahlah tawar harga sesuatu jualan sampai tahap GABAN... agak2lah bro! Kekadang orang tua berniaga dengan kudrat mengangkat jualan, membuat atau modal dia sendiri... patut "keep the change bro/kak cik! 
JANGAN BERLAGAK... biar orang berlagak dengan kita, selagi kita boleh sabar... sabar. Melainkan lagak dia lebih dari stuntmen. Baru "hang bagi... PUKUI sampai lebam2, lantaq pi".
Maksud berlagak ni : (Ok ni berdasarkan pengalaman saya dan perniagaan saya).
Bertanya dalam nada selenq... nak cakap mat salleh bukan, tapi dialek tu lain macamlah. Nak muntahlah acik dengar! Bukanlah maksudnya saya menolak kemajuan! Ada pelanggan yang baru sekali dua menempah barang dengan saya, kemudian menempah untuk ke seterusan kalinya. Menggesa saya sehingga saya terpaksa mengenepikan order orang lain. Tanpa sesen deposit saya uruskan order dia TAPI rupa2nya saya berdepan dengan orang yang separuh sakit mental tanpa rasmi. Saya terpaksa membayar 2 x caj skylift kerana kesilapan dari pihak dia. Dah masuk 14 tahun saya berniaga ini kali pertama saya berdepan dengan orang macam ni. (Saya rasa kalau dia berdepan dengan company besar2 jam tu jugak penumbuk naik ke muka dia... sebab saya perempuan dan company kecik pun dah rasa nak bagi penumbuk!) Jadi dari cerita ni... duit boleh cari yer, TAPI budi bahasa tak boleh dijual beli. Sekali kita kurang adab sampai bila pun orang tak suka. Terus terang saya tak mahu tengok muka dia sampai akhir hayat seboleh2nya. Bukan berdendam sebab itu tak baik, saya malu dengan perbuatan dia yang tidak tahu menghormati orang lain dan bercakap bak kata orang tua2 "lidah biawak". Kalau tak tau maknanya tanya orang tua2 kat luar sana.
JANGAN MENGATA DAN MEMBUAT FITNAH... Wah ini masalah besar. Kalau kena pada orang lurus bendul abislah jawabnya. Lidah itu lebih tajam dari pedang. Berkatalah sesuatu yang baik2 kerana hasilnya baik juga. Berkata benar ,,, itulah antara slogan atau kata nasihat yang biasa kita dengar. Jika tidak dapat mengelak dengarkan saja. Tapi jangan sekali2 mengiyakan, menokok tambah atau menyokong sesuatu cerita. Jadilah orang bodoh di saat ini... mendiam diri asal anda tidak bodoh di sisiNYA.

Cukuplah cerita dan kata2 yang ingin saya kongsikan bersama demi pencerahan jiwa. 
Kalau kita tak ubah hari ini bila lagi?
Hidup tak tentu sampai bila....



Tuesday, January 26, 2016

Huruf Timbul

Pemasangan BoxUp Lettering di Nilai Utama... VOSS Engineering Sdn. Bhd. 


Sebenarnya apa yang saya download di Blog ni sama dengan apa yg saya post di FB. Rata2 pelanggan yang datang nak tengok contoh jadi saya refer kat sini jer.... Nak simpan gambar atau video dalam camera atau laptop memang overload lah! So this is the right place to show what my company did... This project done yesterday.

Sunday, January 24, 2016

PAPANTANDA MURAH LAGI BERKUALITI

   
  Antara kerja2 yang telah dilaksanakan ...

Hello semua! Wah sambutan begitu menggalakkan biarpun saya tidak expect follower namun 'kunjungan' sudah hampir 800,000. 
Blog Taukeyliza ini sebenarnya bukan bercerita tentang resepi2 yang mana blogger yang memuat turun resepi2 mendapat kunjungan tertinggi di kalangan blogger di Malaysia.
Di sini semua tentang Perniagaan Liza Advertising yakni Pengiklanan dan beberapa cerita serta pandangan peribadi tentang kehidupan juga pelancongan.
Saya hargai kunjungan anda ke blog saya ini.....

Gambar2 di atas adalah kerja2 terbaru dari kami. Kepada sesiapa yang ingin menempah papantanda serta Banner/Backdrop/Bunting bolehlah hubungi kami.

LIZA ADVERTISING
017-354 4346 / 06-675 2614

Sunday, November 15, 2015

Papantanda Projek Mesra Rakyat

Inilah adalah contoh Papantanda Projek Mesra Rakyat



Berikut pula Papantanda Projek Kerajaan Negeri




Komersial Signboard