Tuesday, September 27, 2011

Kerja...

Dah lama tak masuk kat blog... sibuk la katakan...
Lepas raya banyak kerja buat banner/backdrop utk sambutan/majlis raya.
Adalah beberapa contoh kerja...



Kerja-kerja lain selepas raya ni pemasangan papantanda Peringatan Keselamatan untuk Risda di 14 ladang. Di samping memasang Roadsign utk kawasan taman baru di Taman Acasia, Seremban.
Syukur di atas rezekiMu.

Wednesday, July 27, 2011

SUA BETONG MILL

Hai semua! Seperti yang telah ditulis sebelum ini, aku meletakkan Sime Darby sebagai client utama Liza Advertising. Lain-lain 'client' janganlah kecik hati yer!
Memang semuanya atas kehendakNya jua, itu realitinya.

Sua Betong Mill telah beroperasi dengan terbinanya kilang yang begitu luas dan dikelilingi ladang kelapa sawit. Malah jalan raya belum siap sepenuhnya. Biarpun terletak jauh di tengah2 kawasan ladang namun kemudahan serta rekabentuk bangunan 'up-to-date'.

 Pintu masuk utama ke kilang...

Jalan yang agak mencabar di persekitaran kolam...



Kalau jatuh ke dalam kolam tu... naik mesti dah jadi gelap!


Terdapat 14 buah kolam semuanya...



Kerja2 memasang pvc Film/Tinted & Frosted Film




Pihak Liza Advertising menghargai kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk melaksanakan kerja2 
di premis ini terutama Asst. Manager Encik Khaizarudin sebagai mewakili Sua Betong Mill. 


Sunday, July 3, 2011

Lenggong...

3rd. July 2011
Destinasi penghantaran Papantanda Projek ke Kg. Beng, Lenggong ~ Hulu Perak.

Rupa-rupanya Tol Jelapang sebelum terowong ni dah 'dimusnahkan' atas sebab keselamatan dan diganti dengan tol baru...







Kerja2 pemasangan disiapkan tak sampai 2 jam... tapi penghantaran yang jauh dari Senawang ke Lenggong memakan masa sekitar 7 jam (one way)! Maklumlah kenderaan tu pun dah lebih 10 tahun usianya. Namun syukur kepadaNya kerana selamat sampai ke destinasi dan selamat sampai ke rumah. 
Pada Liza Advertising, komitmen tu penting...
Apa yang 'impressing' adalah jalan kampung memang tip top kat sana. Biar jauh ke dalam mana letaknya kampung tu tapi jalan memang cantik! Malah jalan naiktaraf/baru yang dibuat oleh kontraktor ni hanya untuk kemudahan penduduk ke kebun getah dan menyambungkan ke kampung sebelah yakni Kg. Reng. Ini adalah Projek Kerajaan Barisan Nasional. Betapa prihatinnya kerajaan.... 
Apa pun... "Kita beringatlah ketika diberi kesenangan dan kemudahan..."


Tuesday, May 24, 2011

Project Signboard

Kali ni saya nak bawa anda semua melihat bagaimana kerja2 papantanda projek dilaksanakan. (Tapi dalam bentuk photo jer lah, bukan video).
Lokasi : Taman Tasik, Seremban.
Tetuan : Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.


Kerja-kerja mengorek lubang untuk tegakkan tiang dilakukan


 Kesemua plat bagi setiap Info dipasangkan pada tiang... sementara itu Ilustrasi dinaikkan.


Barulah Set Detail ditegakkan untuk ditanam. Manakala Ilustrasi di sebelahnya sudah disiapkan.
Kerja dimulakan pada 5.30 ptg sehingga jam 8.00 mlm. (Urgent!)

Dah pun siap... syukur kerja-kerja dipermudahkan olehNya.
 
 
Berikut kerja Project Signboard juga tapi untuk JKR Spesifikasi
Lokasi Port Dickson untuk pembinaan Wakaf Hotel
 
Dah tegakkan... macamana naikkan? Memang tak guna skylift atau jcb, 'all manual way'
 
yang penting... pertolonganNya, itu kena ingat.

Makanya tujuan dipertontonkan gambar2 ni tidak lain & tidak bukan untuk mempromosikan kerja2 yang kami laksanakan. Bagi anda yang memerlukan papantanda sedemikian jangan malu apa lagi segan untuk datang berjumpa kami. Harga? Jangan risau... boleh nego. 
 
 


Wednesday, February 9, 2011

Perpindahan, pengubahsuaian & pengoperasian




                                                 Siaplah 'partition' yang dibuat oleh suamiku...

KETIKA  masuk ke premis baru ni, ibarat makan tak kenyang, tidur tak lena dan
satu lagi tu apa yer?
Ha... mandi tak basah, ye ker? Kalau tak basah tu maknanya tak mandilah kan... tak kira apa ibarat yang telah diwujudkan oleh warga terdahulu, begitulah keadaan aku ketika mula2 masuk kedai ni.
Semuanya kosong belaka... Puas nak arrange! Perlahan-lahan masukkan barang dari kedai Rantau dan penambahan lain seperti partition, awning di belakang,
partition di tingkat atas dan lain2 keperluan

Aku sebenarnya tak mahu jadi hamba duit. Bagi aku setiap sen yang masuk tu mampu menanggung kedua emak dan abah serta anak-anak dan aku suami isteri, dah bersyukur sangat. Dikurniakan kesihatan mental & fizikal yang baik, itu lebih tinggi nilainya dari duit tu sendiri. Aku percaya pada
 'life is simple, don't make it complicated'.

Premis ni aku rasa perlu sebab, kalau rate sewa kat kawasan ni mencecah RM1,500
(kira masih murah berbanding tempat lain) jika untuk long term, terasa duit hangus gitu! Bila premis tu kita sendiri punya, dah tentu keuntungan tu lebih berganda.
Selepas setahun harga meningkat RM150,000.oo
Persekitaran sekitar 90% bangsa bukan Melayu. Untuk pengetahuan semua, terdapat lebih dari 15 company non-bumi yang menjalankan perniagaan iklan manakala bumiputera lebih kurang dalam 10, ini hanya di Seremban sahaja belum luar daerah lagi! (Seremban bukanlah Bandaraya lagi!)



Inilah keadaan di belakang kedai semasa awal pengoperasian, awning pun baru siap.
Belakang tu selesa untuk buat kerja 30' x 25' 
(Sebelah kiri tu bengkel kerja besi & stainless steel, Jackie nama taukeh tu - baik orangnyer...,
di sebelah kanan tu pulak bengkel baiki kereta, baik jugak)


Tapi di antara mereka tu, akulah yang paling baik...:)>
Jangan mare!








































































































Sekarang beginilah rupanya kat belakang tu...



Oklah dah tau ceritanya kan... akan datang ni aku nak perkenalkan LIZA ADVERTISING.
Ada ker LA ni kedai membuat tempe? Atau mengendalikan pengiklanan di tv? Atau menternak ketam, kambing, lembu, rusa dan entah apa2 lagi....
Ikutilah kisah benar selanjutnya...

LIZA ADVERTISING

Aku dah pun cerita pasal bagaimana aku mulakan perniagaan 
dan kini aku nak perkenalkan lebih dekat dengan
LIZA ADVERTISING

 

LATARBELAKANG
Didaftarkan pada tahun 2002. Beroperasi di pekan Rantau sehingga akhir 2009.
Berpindah ke lokasi baru di Senawang pada penghujung November 2009 hingga ke hari ini.
Sole proprietor : Norliza Binti Hassan. 
Pengalaman : Pereka Grafik & Layout Artist untuk Local Publisher
(Usahawan Malaysia, Majalah Ibu, Majalah Wanita, tabloid tempatan dll).
Berkecimpung di bidang pengiklanan 1997-2001
2002 ~ Menjalankan perniagaan sendiri hingga kini.

SKOP KERJA
Membuat semua jenis pengiklanan antaranya :

IKLAN
Papantanda Komersial 
Lightbox
JKR Road Sign
Temporary Sign
Warning Sign
Safety Sign
Casing
(Suggestion Box, Leaflet Holder, A4 Slot, Tanda Nama Meja dll)
Information Board ~ 2D (Sliding Glass + Lock + Softboard)
Softboard, Whiteboard/Magnetic/non-magnetic, Foamboard, Greenboard etc.
Wording ~ Emboss (Stainless Steel, Brass, GI, Acrylic)
Label/Plat ~ Acrylic + Slot
(Tanda Nama di pintu, Untuk digantung & sbgnya).
 

Reflective Acrylic
Aluminium Composite Panel (Kami pasang outdoor last year sampai sekarang steady lagi tau!
Yang ini, Brass Emboss Wording... tengah set sebelum pasang
Inilah rupanya bila dah pasang... walaupun tinggi huruf 18" tapi bila dah naik tinggi kat atas tu, nampak kecik jer kan!
Ini pulak jiran kami, buat alluminium works, 'teror' kan tulisan cina lagi...



Wah! Caya ke tidak, siap 1 hari... 'emergency order'
Tempat pasang tu tinggi dah kira tingkat 3, kita orang naikkan 'manual' xda skylift! Huish!!!
Signboard ni kita pasang satu Port Dickson


PRINTING
Billboard
Bunting
Banner/Backdrop
Pictures
 

Comel kan pengantin perempuan tu!

Romantik nyer... I like!




IRON WORKS
Grilles, Awning (Polycarbonate, Metal Deck, Step Awning),
Gates etc.

Kerja-kerja besi di Loji Pembersih Air. Nampak tenang jer air tu kan...
Patutnya cowboy ni kat ladang... sesatlah tu!!!
Air memang tenang tapi tinggi cecah 30', tak pandai berenang...'Help! help!
Very tough working here... at certain time, the water flow raising & cover all the places..
Its 30ft height.

Inilah serba sedikit perihal LIZA ADVERTISING.
Sesiapa yang berminat atau ada sebarang keperluan, bolehlah hubungi :
email : liza_66streamyx@yahoo.com
atau
Tel / Fax : 06-675 2614 (Pejabat)
atau
Datang terus ke kedai kami ;
No. 13, Jln TJ 1/4B,
Kaw. Perindustrian Tuanku Jaafar 1, (Senawang Sentral)
71450 Sg. Gadut, Seremban, Negeri Sembilan

"We create & design, suit your style
as well as your budget"

Monday, February 7, 2011

Bermulalah Satu Langkah...

Seperti yang telah dijanjikan, aku akan menceritakan detik mula aku bergelar ahli perniagaan.
Bukan mudah untuk memulakan sesuatu... perlu KEKUATAN dan KEYAKINAN.
Aku mulakan perniagaan seorang diri, aku cari kerja, aku buat akaun, aku buat kerja A - Z kecuali kerja2 besi. Memandangkan baru berniaga, so kerja tidaklah banyak sangat. Selama 3 bulan aku menunggu customer datang ke kedai. Kerja yang aku dapat masa tu dari mereka yang aku kenal semasa aku bekerja di tempat lama dulu. Kira aku curi customer lah!!!
Selama 3 bulan tu boleh dikira walk in customer yang menjengah ke kedai. Satu ketika aku didatangi warga emas, dia bertanya "ekau, boniogo apo ni?" lain pulak bertanya "Kau buek apo ni?". Macam2 yang ditanya maklumlah LIZA ADVERTISING nama yang aku daftar tu berbau orang putih. Mereka orang kampung tak tau... nak sebut advertising pun susah! Nak cakap iklan pun kurang faham! Aku tak usah cakap lah... mula berniaga bukan lah peramah sangat!


Ini gambar kedai di Rantau, tempat aku mulakan perniagaan (Dah frame, jadi blur ~ reflection)

Dalam tempoh penyesuaian dengan persekitaran ni aku benar2 tension! Bil banyak nak bayar, keperluan kedai banyak yang tidak mencukupi lagi. Anak-anak masih di sekolah rendah, perlu perhatian lagi. Nak pinjam bank faham2 jer lah. Nak itu nak ini... dah tentulah baru berniaga akaun tak 'cantik'. Menung sana sini, fikir itu ini... gedebak gedebuk masuk 6 bulan. Selama tu duit simpanan habis! Aku sebenarnya hampir putus asa... Tapi bila aku berhenti kerja dulu dan mengatakan hasrat nak berniaga, kekawan tanya"kau nak bukak kedai kat mana?" Aku kata kat Rantau (sebuah pekan kecil). Diorang kata "Boleh hidup ker?" Aku agak tersentuh jugaklah sebab kata2 tu tak menggalakkan!
TAPI aku letak satu keyakinan, susah senang tiada siapa yang dapat  menentukan melainkan yang Maha Mengetahui. Pentingnya yakin, berusaha dan jujur di dalam setiap perbuatan.


 
Aku tidak akan membuka perniagaan pengiklanan ini sekiranya aku tidak tahu apa2 tentangnya. Hampir 5 tahun aku di bidang ini mencari pengalaman di sebuah syarikat pengiklanan yang 'top'
di Negeri Sembilan. Walaupun aku sebelumnya bekerja sebagai lay-out artist untuk beberapa Publisher di sekitar KL, aku rasa ianya berkait rapat dengan bidang pengiklanan. Lantas aku daftar perniagaan dalam katogeri desktop publishing & advertising.

Berbalik semula pengalaman kerja sendiri ni, aku beli peralatan satu demi satu. Lepas 6 bulan orang mula datang ke kedai maksudnya dah dpt respond lah. Kerjapun semakin banyak dan suami terpaksa berhenti untuk membantu aku. Bayangkan sebelum ni aku hantar kerja2 besi di bengkel orang lain. Cajnya faham2 jerlah ada yang tak masuk akal! Maka dengan itu suami aku tak pernah buat kerja welding, terpaksa ambil kisah! Syukur segalanya berjalan dengan lancar.

Kewangan, aku amalkan jimat cermat. Setiap perbelanjaan aku uruskan dengan penuh berhemah. Tahun pertama perniagaan aku hanya ada sebuah kereta secondhand, Iswara. Aku terpaksa menyewa lori untuk memasang & menghantar signboard yang besar2. Suami aku membeli kereta Opel
WAK 7666 kira dah nak masuk katogeri antik. Kereta ni digunakan untuk membawa signboard! Secara jujurnya aku sukakan kereta tu! Aku tak pernah malu ketika memandunya, walaupun pernah aku nak menumpangkan orang kampung ke pekan tapi orang tak sudi naik!!! Hi hi hi!!! Tak pa lah... nak buat camna? Satu ketika membuat kerja memasang paip di sure heboh TV3 kat Seremban,
kereta Opel aku dibenarkan masuk kat padang, lain2 kereta yang nak buat kerja kat situ pun
kena parking kat luar!
Hebat kan!  "I miss u, Opel..." (aku dah menjualnya, terpaksa sebab nak jimat ruang).

Masuk tahun ke2 aku dah beli lori. Lebih mudah kerja & mampu mengambil kontrak yang lebih besar. Kebetulan rakan aku yakni seorang kontraktor dengan murah hati membenarkan aku menggunakan kedainya yang di pintu sebelah kedaiku. Ertinya aku menyewa 2 pintu kedai.
(Kedai saiz hanya 12' x 24' satu pintu).
Mudah bagi kami menempatkan besi dan signboard2 yang dah siap.

Perniagaan menunjukkan kenaikan. Kami dah mampu menggajikan orang. Sebenarnya kesabaran tu penting, di samping kehendakNya jua. Setelah 4 tahun berniaga, kami telah membeli rumah
(yang didiami kini) di Senawang, Seremban. Rumah kami di Rantau, disewakan.
Kami berulang alik ke Rantau (18km). Bukan apa, nak beralih angin!)
Anak-anak pun dah memasuki persekolahan menengah ketika tu...
Hampir 3 tahun kami berulang alik. Pergi pagi balik ada ketika lewat malam baru sampai.
Letih! Nak buat camna itu lah kehidupan.

Pelanggan utama kami, Guthrie telah diambil oleh Sime Darby. SD ketika itu dalam proses untuk mendapat ISO... maka tempahan tak putus2 meliputi 4 estate. (kelapa sawit). Kami mendapat kerja2 mereka utk tahun tu sahaja mencecah ratusan ribu ringgit. (belum jutaan ringgit lagi!) 
Syukur kepadaNya. Persaingan bukanlah perkara baru dan mudah, ia harus diharungi. Kami tidak menggadaikan harga untuk mendapatkan kerja2. Sebaliknya priority kami adalah mutu & kualiti kerja yang dihasilkan. Mungkin apa yang kami amalkan tu mendapat kepercayaan dari para pelanggan. (Kedai kami kecil, kemampuan kami mudah saja dipertikaikan).
Oleh itu kami akan menghasilkan yang terbaik untuk para pelanggan supaya ada 'repeat order'. Walaupun mereka pernah beralih ke tempat lain untuk mendapatkan keperluan mereka namun mereka datang semula ke Liza Advertising kerana apa yang mereka perolehi tidak sama
dengan apa yang kami hasilkan. Oleh itu aku nasihatkan kamu semua, kalau nak berniaga biar jujur. Orang akan dapat menilainya.

Tahun ke7, kami berjaya mendapatkan premis perniagaan kami sendiri
di Tuanku Jaafar Industrial Park, Sg. Gadut (Seremban). Dengan keluasan 85' x 25', kami mengorak langkah membuat kerja2 besi secara serius
di samping kerja2 iklan sebagai bisnes utama.
(Aku akui kebenaran kata salesman Mr Kevin yang meyakinkan aku supaya membeli kedai ni biarpun unit tu unit terakhir, katanya harga kedai akan naik). Betul pun, belum setahun aku beroperasi, phase 3 yang sedang dibangunkan dah naik 50k.
Syukur kepadaNya dan kehendakNya jua.
Kini dah setahun lebih kami beroperasi di premis baru. Persekitaran semakin mengenali
Liza Advertising.

Ikuti kisah kami seterusnya...