Wednesday, February 9, 2011

Perpindahan, pengubahsuaian & pengoperasian




                                                 Siaplah 'partition' yang dibuat oleh suamiku...

KETIKA  masuk ke premis baru ni, ibarat makan tak kenyang, tidur tak lena dan
satu lagi tu apa yer?
Ha... mandi tak basah, ye ker? Kalau tak basah tu maknanya tak mandilah kan... tak kira apa ibarat yang telah diwujudkan oleh warga terdahulu, begitulah keadaan aku ketika mula2 masuk kedai ni.
Semuanya kosong belaka... Puas nak arrange! Perlahan-lahan masukkan barang dari kedai Rantau dan penambahan lain seperti partition, awning di belakang,
partition di tingkat atas dan lain2 keperluan

Aku sebenarnya tak mahu jadi hamba duit. Bagi aku setiap sen yang masuk tu mampu menanggung kedua emak dan abah serta anak-anak dan aku suami isteri, dah bersyukur sangat. Dikurniakan kesihatan mental & fizikal yang baik, itu lebih tinggi nilainya dari duit tu sendiri. Aku percaya pada
 'life is simple, don't make it complicated'.

Premis ni aku rasa perlu sebab, kalau rate sewa kat kawasan ni mencecah RM1,500
(kira masih murah berbanding tempat lain) jika untuk long term, terasa duit hangus gitu! Bila premis tu kita sendiri punya, dah tentu keuntungan tu lebih berganda.
Selepas setahun harga meningkat RM150,000.oo
Persekitaran sekitar 90% bangsa bukan Melayu. Untuk pengetahuan semua, terdapat lebih dari 15 company non-bumi yang menjalankan perniagaan iklan manakala bumiputera lebih kurang dalam 10, ini hanya di Seremban sahaja belum luar daerah lagi! (Seremban bukanlah Bandaraya lagi!)



Inilah keadaan di belakang kedai semasa awal pengoperasian, awning pun baru siap.
Belakang tu selesa untuk buat kerja 30' x 25' 
(Sebelah kiri tu bengkel kerja besi & stainless steel, Jackie nama taukeh tu - baik orangnyer...,
di sebelah kanan tu pulak bengkel baiki kereta, baik jugak)


Tapi di antara mereka tu, akulah yang paling baik...:)>
Jangan mare!








































































































Sekarang beginilah rupanya kat belakang tu...



Oklah dah tau ceritanya kan... akan datang ni aku nak perkenalkan LIZA ADVERTISING.
Ada ker LA ni kedai membuat tempe? Atau mengendalikan pengiklanan di tv? Atau menternak ketam, kambing, lembu, rusa dan entah apa2 lagi....
Ikutilah kisah benar selanjutnya...

LIZA ADVERTISING

Aku dah pun cerita pasal bagaimana aku mulakan perniagaan 
dan kini aku nak perkenalkan lebih dekat dengan
LIZA ADVERTISING

 

LATARBELAKANG
Didaftarkan pada tahun 2002. Beroperasi di pekan Rantau sehingga akhir 2009.
Berpindah ke lokasi baru di Senawang pada penghujung November 2009 hingga ke hari ini.
Sole proprietor : Norliza Binti Hassan. 
Pengalaman : Pereka Grafik & Layout Artist untuk Local Publisher
(Usahawan Malaysia, Majalah Ibu, Majalah Wanita, tabloid tempatan dll).
Berkecimpung di bidang pengiklanan 1997-2001
2002 ~ Menjalankan perniagaan sendiri hingga kini.

SKOP KERJA
Membuat semua jenis pengiklanan antaranya :

IKLAN
Papantanda Komersial 
Lightbox
JKR Road Sign
Temporary Sign
Warning Sign
Safety Sign
Casing
(Suggestion Box, Leaflet Holder, A4 Slot, Tanda Nama Meja dll)
Information Board ~ 2D (Sliding Glass + Lock + Softboard)
Softboard, Whiteboard/Magnetic/non-magnetic, Foamboard, Greenboard etc.
Wording ~ Emboss (Stainless Steel, Brass, GI, Acrylic)
Label/Plat ~ Acrylic + Slot
(Tanda Nama di pintu, Untuk digantung & sbgnya).
 

Reflective Acrylic
Aluminium Composite Panel (Kami pasang outdoor last year sampai sekarang steady lagi tau!
Yang ini, Brass Emboss Wording... tengah set sebelum pasang
Inilah rupanya bila dah pasang... walaupun tinggi huruf 18" tapi bila dah naik tinggi kat atas tu, nampak kecik jer kan!
Ini pulak jiran kami, buat alluminium works, 'teror' kan tulisan cina lagi...



Wah! Caya ke tidak, siap 1 hari... 'emergency order'
Tempat pasang tu tinggi dah kira tingkat 3, kita orang naikkan 'manual' xda skylift! Huish!!!
Signboard ni kita pasang satu Port Dickson


PRINTING
Billboard
Bunting
Banner/Backdrop
Pictures
 

Comel kan pengantin perempuan tu!

Romantik nyer... I like!




IRON WORKS
Grilles, Awning (Polycarbonate, Metal Deck, Step Awning),
Gates etc.

Kerja-kerja besi di Loji Pembersih Air. Nampak tenang jer air tu kan...
Patutnya cowboy ni kat ladang... sesatlah tu!!!
Air memang tenang tapi tinggi cecah 30', tak pandai berenang...'Help! help!
Very tough working here... at certain time, the water flow raising & cover all the places..
Its 30ft height.

Inilah serba sedikit perihal LIZA ADVERTISING.
Sesiapa yang berminat atau ada sebarang keperluan, bolehlah hubungi :
email : liza_66streamyx@yahoo.com
atau
Tel / Fax : 06-675 2614 (Pejabat)
atau
Datang terus ke kedai kami ;
No. 13, Jln TJ 1/4B,
Kaw. Perindustrian Tuanku Jaafar 1, (Senawang Sentral)
71450 Sg. Gadut, Seremban, Negeri Sembilan

"We create & design, suit your style
as well as your budget"

Monday, February 7, 2011

Bermulalah Satu Langkah...

Seperti yang telah dijanjikan, aku akan menceritakan detik mula aku bergelar ahli perniagaan.
Bukan mudah untuk memulakan sesuatu... perlu KEKUATAN dan KEYAKINAN.
Aku mulakan perniagaan seorang diri, aku cari kerja, aku buat akaun, aku buat kerja A - Z kecuali kerja2 besi. Memandangkan baru berniaga, so kerja tidaklah banyak sangat. Selama 3 bulan aku menunggu customer datang ke kedai. Kerja yang aku dapat masa tu dari mereka yang aku kenal semasa aku bekerja di tempat lama dulu. Kira aku curi customer lah!!!
Selama 3 bulan tu boleh dikira walk in customer yang menjengah ke kedai. Satu ketika aku didatangi warga emas, dia bertanya "ekau, boniogo apo ni?" lain pulak bertanya "Kau buek apo ni?". Macam2 yang ditanya maklumlah LIZA ADVERTISING nama yang aku daftar tu berbau orang putih. Mereka orang kampung tak tau... nak sebut advertising pun susah! Nak cakap iklan pun kurang faham! Aku tak usah cakap lah... mula berniaga bukan lah peramah sangat!


Ini gambar kedai di Rantau, tempat aku mulakan perniagaan (Dah frame, jadi blur ~ reflection)

Dalam tempoh penyesuaian dengan persekitaran ni aku benar2 tension! Bil banyak nak bayar, keperluan kedai banyak yang tidak mencukupi lagi. Anak-anak masih di sekolah rendah, perlu perhatian lagi. Nak pinjam bank faham2 jer lah. Nak itu nak ini... dah tentulah baru berniaga akaun tak 'cantik'. Menung sana sini, fikir itu ini... gedebak gedebuk masuk 6 bulan. Selama tu duit simpanan habis! Aku sebenarnya hampir putus asa... Tapi bila aku berhenti kerja dulu dan mengatakan hasrat nak berniaga, kekawan tanya"kau nak bukak kedai kat mana?" Aku kata kat Rantau (sebuah pekan kecil). Diorang kata "Boleh hidup ker?" Aku agak tersentuh jugaklah sebab kata2 tu tak menggalakkan!
TAPI aku letak satu keyakinan, susah senang tiada siapa yang dapat  menentukan melainkan yang Maha Mengetahui. Pentingnya yakin, berusaha dan jujur di dalam setiap perbuatan.


 
Aku tidak akan membuka perniagaan pengiklanan ini sekiranya aku tidak tahu apa2 tentangnya. Hampir 5 tahun aku di bidang ini mencari pengalaman di sebuah syarikat pengiklanan yang 'top'
di Negeri Sembilan. Walaupun aku sebelumnya bekerja sebagai lay-out artist untuk beberapa Publisher di sekitar KL, aku rasa ianya berkait rapat dengan bidang pengiklanan. Lantas aku daftar perniagaan dalam katogeri desktop publishing & advertising.

Berbalik semula pengalaman kerja sendiri ni, aku beli peralatan satu demi satu. Lepas 6 bulan orang mula datang ke kedai maksudnya dah dpt respond lah. Kerjapun semakin banyak dan suami terpaksa berhenti untuk membantu aku. Bayangkan sebelum ni aku hantar kerja2 besi di bengkel orang lain. Cajnya faham2 jerlah ada yang tak masuk akal! Maka dengan itu suami aku tak pernah buat kerja welding, terpaksa ambil kisah! Syukur segalanya berjalan dengan lancar.

Kewangan, aku amalkan jimat cermat. Setiap perbelanjaan aku uruskan dengan penuh berhemah. Tahun pertama perniagaan aku hanya ada sebuah kereta secondhand, Iswara. Aku terpaksa menyewa lori untuk memasang & menghantar signboard yang besar2. Suami aku membeli kereta Opel
WAK 7666 kira dah nak masuk katogeri antik. Kereta ni digunakan untuk membawa signboard! Secara jujurnya aku sukakan kereta tu! Aku tak pernah malu ketika memandunya, walaupun pernah aku nak menumpangkan orang kampung ke pekan tapi orang tak sudi naik!!! Hi hi hi!!! Tak pa lah... nak buat camna? Satu ketika membuat kerja memasang paip di sure heboh TV3 kat Seremban,
kereta Opel aku dibenarkan masuk kat padang, lain2 kereta yang nak buat kerja kat situ pun
kena parking kat luar!
Hebat kan!  "I miss u, Opel..." (aku dah menjualnya, terpaksa sebab nak jimat ruang).

Masuk tahun ke2 aku dah beli lori. Lebih mudah kerja & mampu mengambil kontrak yang lebih besar. Kebetulan rakan aku yakni seorang kontraktor dengan murah hati membenarkan aku menggunakan kedainya yang di pintu sebelah kedaiku. Ertinya aku menyewa 2 pintu kedai.
(Kedai saiz hanya 12' x 24' satu pintu).
Mudah bagi kami menempatkan besi dan signboard2 yang dah siap.

Perniagaan menunjukkan kenaikan. Kami dah mampu menggajikan orang. Sebenarnya kesabaran tu penting, di samping kehendakNya jua. Setelah 4 tahun berniaga, kami telah membeli rumah
(yang didiami kini) di Senawang, Seremban. Rumah kami di Rantau, disewakan.
Kami berulang alik ke Rantau (18km). Bukan apa, nak beralih angin!)
Anak-anak pun dah memasuki persekolahan menengah ketika tu...
Hampir 3 tahun kami berulang alik. Pergi pagi balik ada ketika lewat malam baru sampai.
Letih! Nak buat camna itu lah kehidupan.

Pelanggan utama kami, Guthrie telah diambil oleh Sime Darby. SD ketika itu dalam proses untuk mendapat ISO... maka tempahan tak putus2 meliputi 4 estate. (kelapa sawit). Kami mendapat kerja2 mereka utk tahun tu sahaja mencecah ratusan ribu ringgit. (belum jutaan ringgit lagi!) 
Syukur kepadaNya. Persaingan bukanlah perkara baru dan mudah, ia harus diharungi. Kami tidak menggadaikan harga untuk mendapatkan kerja2. Sebaliknya priority kami adalah mutu & kualiti kerja yang dihasilkan. Mungkin apa yang kami amalkan tu mendapat kepercayaan dari para pelanggan. (Kedai kami kecil, kemampuan kami mudah saja dipertikaikan).
Oleh itu kami akan menghasilkan yang terbaik untuk para pelanggan supaya ada 'repeat order'. Walaupun mereka pernah beralih ke tempat lain untuk mendapatkan keperluan mereka namun mereka datang semula ke Liza Advertising kerana apa yang mereka perolehi tidak sama
dengan apa yang kami hasilkan. Oleh itu aku nasihatkan kamu semua, kalau nak berniaga biar jujur. Orang akan dapat menilainya.

Tahun ke7, kami berjaya mendapatkan premis perniagaan kami sendiri
di Tuanku Jaafar Industrial Park, Sg. Gadut (Seremban). Dengan keluasan 85' x 25', kami mengorak langkah membuat kerja2 besi secara serius
di samping kerja2 iklan sebagai bisnes utama.
(Aku akui kebenaran kata salesman Mr Kevin yang meyakinkan aku supaya membeli kedai ni biarpun unit tu unit terakhir, katanya harga kedai akan naik). Betul pun, belum setahun aku beroperasi, phase 3 yang sedang dibangunkan dah naik 50k.
Syukur kepadaNya dan kehendakNya jua.
Kini dah setahun lebih kami beroperasi di premis baru. Persekitaran semakin mengenali
Liza Advertising.

Ikuti kisah kami seterusnya...

Saturday, February 5, 2011

Salam Perkenalan



Hai semua!
Ini my first Post dalam blog aku sendiri...
Salam Perkenalan!
Terkial-kial jugaklah nak fill up registration form tu!
Jom kita berkenal-kenalan...
Aku dilahirkan di Selangor, Sg. Ayer Tawar itulah tempatnya. Mungkin air sungai tu tawar jadi penduduk setempat menamakan tempat tu gitu.
 (Biarlah... ikut suka diorang lah).

Memandangkan abah bekerja sebagai anggota Polis maka aku berpindah randahlah dari satu
balai ke satu balai, abahlah. Aku duduk berek tak duduk balai pun!
Alam persekolahan di sekitar Port Dickson & Seremban. (kira jadi orang nogori).
Tapi orang PD tak cakap negeri tau, diorang cakap "standard Malay".
Then aku further study kat ITM belum 'U' lagi masa tu... Aku memang beruntung sebab sesi temuduga secara oral dan mempersembahkan 2 lukisan on-the-spot ketika itu telah melayakkan aku SATU-SATUnya calon dari Negeri Sembilan yang terpilih bagi Sesi Pengambilan Julai 1986.
2nd Intake barulah muncul 2 jejaka nogori!!!
(Aku tidak akan bangga dengan sesuatu yang bukan minatku... biar itu kebanggaan orang lain)
Aku mula bekerja di syarikat Penerbitan s layout artist, bukan glamour artist yer!
Banyak company aku kerja di sekitar PJ dan KL.

Then kawin... 1991, balik Seremban cari kerja kat sini.
 Bla, bla, bla aku cari experience almost 7 yrs di bidang pengiklanan. Bermula dari membuat banner (manual) mengecat kain sepanjang 20'. Bayangkan aku pernah buat banner dari jam 8 mlm - 12 malam dapat 3 helai bersaiz 20' x 4'. Ada banyak design dan tulisan! Huish! Jenoh...
balik pinggang sakit2! Nak bediri luruspun tak boleh! Kesian kan...
2002 aku rasa dah 'terror' dalam bidang iklan ni, so aku bukak business sendiri.
Untuk mengetahui kerjaya aku sebagai business woman ni... kita jumpa di episod akan datang.
Cukuplah aku perkenalkan diri menerusi tulisan ni...