Monday, February 7, 2011

Bermulalah Satu Langkah...

Seperti yang telah dijanjikan, aku akan menceritakan detik mula aku bergelar ahli perniagaan.
Bukan mudah untuk memulakan sesuatu... perlu KEKUATAN dan KEYAKINAN.
Aku mulakan perniagaan seorang diri, aku cari kerja, aku buat akaun, aku buat kerja A - Z kecuali kerja2 besi. Memandangkan baru berniaga, so kerja tidaklah banyak sangat. Selama 3 bulan aku menunggu customer datang ke kedai. Kerja yang aku dapat masa tu dari mereka yang aku kenal semasa aku bekerja di tempat lama dulu. Kira aku curi customer lah!!!
Selama 3 bulan tu boleh dikira walk in customer yang menjengah ke kedai. Satu ketika aku didatangi warga emas, dia bertanya "ekau, boniogo apo ni?" lain pulak bertanya "Kau buek apo ni?". Macam2 yang ditanya maklumlah LIZA ADVERTISING nama yang aku daftar tu berbau orang putih. Mereka orang kampung tak tau... nak sebut advertising pun susah! Nak cakap iklan pun kurang faham! Aku tak usah cakap lah... mula berniaga bukan lah peramah sangat!


Ini gambar kedai di Rantau, tempat aku mulakan perniagaan (Dah frame, jadi blur ~ reflection)

Dalam tempoh penyesuaian dengan persekitaran ni aku benar2 tension! Bil banyak nak bayar, keperluan kedai banyak yang tidak mencukupi lagi. Anak-anak masih di sekolah rendah, perlu perhatian lagi. Nak pinjam bank faham2 jer lah. Nak itu nak ini... dah tentulah baru berniaga akaun tak 'cantik'. Menung sana sini, fikir itu ini... gedebak gedebuk masuk 6 bulan. Selama tu duit simpanan habis! Aku sebenarnya hampir putus asa... Tapi bila aku berhenti kerja dulu dan mengatakan hasrat nak berniaga, kekawan tanya"kau nak bukak kedai kat mana?" Aku kata kat Rantau (sebuah pekan kecil). Diorang kata "Boleh hidup ker?" Aku agak tersentuh jugaklah sebab kata2 tu tak menggalakkan!
TAPI aku letak satu keyakinan, susah senang tiada siapa yang dapat  menentukan melainkan yang Maha Mengetahui. Pentingnya yakin, berusaha dan jujur di dalam setiap perbuatan.


 
Aku tidak akan membuka perniagaan pengiklanan ini sekiranya aku tidak tahu apa2 tentangnya. Hampir 5 tahun aku di bidang ini mencari pengalaman di sebuah syarikat pengiklanan yang 'top'
di Negeri Sembilan. Walaupun aku sebelumnya bekerja sebagai lay-out artist untuk beberapa Publisher di sekitar KL, aku rasa ianya berkait rapat dengan bidang pengiklanan. Lantas aku daftar perniagaan dalam katogeri desktop publishing & advertising.

Berbalik semula pengalaman kerja sendiri ni, aku beli peralatan satu demi satu. Lepas 6 bulan orang mula datang ke kedai maksudnya dah dpt respond lah. Kerjapun semakin banyak dan suami terpaksa berhenti untuk membantu aku. Bayangkan sebelum ni aku hantar kerja2 besi di bengkel orang lain. Cajnya faham2 jerlah ada yang tak masuk akal! Maka dengan itu suami aku tak pernah buat kerja welding, terpaksa ambil kisah! Syukur segalanya berjalan dengan lancar.

Kewangan, aku amalkan jimat cermat. Setiap perbelanjaan aku uruskan dengan penuh berhemah. Tahun pertama perniagaan aku hanya ada sebuah kereta secondhand, Iswara. Aku terpaksa menyewa lori untuk memasang & menghantar signboard yang besar2. Suami aku membeli kereta Opel
WAK 7666 kira dah nak masuk katogeri antik. Kereta ni digunakan untuk membawa signboard! Secara jujurnya aku sukakan kereta tu! Aku tak pernah malu ketika memandunya, walaupun pernah aku nak menumpangkan orang kampung ke pekan tapi orang tak sudi naik!!! Hi hi hi!!! Tak pa lah... nak buat camna? Satu ketika membuat kerja memasang paip di sure heboh TV3 kat Seremban,
kereta Opel aku dibenarkan masuk kat padang, lain2 kereta yang nak buat kerja kat situ pun
kena parking kat luar!
Hebat kan!  "I miss u, Opel..." (aku dah menjualnya, terpaksa sebab nak jimat ruang).

Masuk tahun ke2 aku dah beli lori. Lebih mudah kerja & mampu mengambil kontrak yang lebih besar. Kebetulan rakan aku yakni seorang kontraktor dengan murah hati membenarkan aku menggunakan kedainya yang di pintu sebelah kedaiku. Ertinya aku menyewa 2 pintu kedai.
(Kedai saiz hanya 12' x 24' satu pintu).
Mudah bagi kami menempatkan besi dan signboard2 yang dah siap.

Perniagaan menunjukkan kenaikan. Kami dah mampu menggajikan orang. Sebenarnya kesabaran tu penting, di samping kehendakNya jua. Setelah 4 tahun berniaga, kami telah membeli rumah
(yang didiami kini) di Senawang, Seremban. Rumah kami di Rantau, disewakan.
Kami berulang alik ke Rantau (18km). Bukan apa, nak beralih angin!)
Anak-anak pun dah memasuki persekolahan menengah ketika tu...
Hampir 3 tahun kami berulang alik. Pergi pagi balik ada ketika lewat malam baru sampai.
Letih! Nak buat camna itu lah kehidupan.

Pelanggan utama kami, Guthrie telah diambil oleh Sime Darby. SD ketika itu dalam proses untuk mendapat ISO... maka tempahan tak putus2 meliputi 4 estate. (kelapa sawit). Kami mendapat kerja2 mereka utk tahun tu sahaja mencecah ratusan ribu ringgit. (belum jutaan ringgit lagi!) 
Syukur kepadaNya. Persaingan bukanlah perkara baru dan mudah, ia harus diharungi. Kami tidak menggadaikan harga untuk mendapatkan kerja2. Sebaliknya priority kami adalah mutu & kualiti kerja yang dihasilkan. Mungkin apa yang kami amalkan tu mendapat kepercayaan dari para pelanggan. (Kedai kami kecil, kemampuan kami mudah saja dipertikaikan).
Oleh itu kami akan menghasilkan yang terbaik untuk para pelanggan supaya ada 'repeat order'. Walaupun mereka pernah beralih ke tempat lain untuk mendapatkan keperluan mereka namun mereka datang semula ke Liza Advertising kerana apa yang mereka perolehi tidak sama
dengan apa yang kami hasilkan. Oleh itu aku nasihatkan kamu semua, kalau nak berniaga biar jujur. Orang akan dapat menilainya.

Tahun ke7, kami berjaya mendapatkan premis perniagaan kami sendiri
di Tuanku Jaafar Industrial Park, Sg. Gadut (Seremban). Dengan keluasan 85' x 25', kami mengorak langkah membuat kerja2 besi secara serius
di samping kerja2 iklan sebagai bisnes utama.
(Aku akui kebenaran kata salesman Mr Kevin yang meyakinkan aku supaya membeli kedai ni biarpun unit tu unit terakhir, katanya harga kedai akan naik). Betul pun, belum setahun aku beroperasi, phase 3 yang sedang dibangunkan dah naik 50k.
Syukur kepadaNya dan kehendakNya jua.
Kini dah setahun lebih kami beroperasi di premis baru. Persekitaran semakin mengenali
Liza Advertising.

Ikuti kisah kami seterusnya...

No comments:

Post a Comment