Saturday, January 19, 2013

16 - 21 Dis 2012

Tidak disangka-sangka penghujung tahun 2012, aku berjaya pergi bercuti bersama keluarga.
Aku PERCAYA segala perkara yang MAJOR di dalam hidup seseorang itu ditentukan olehNya. Tiada apa yang boleh kita lakukan jika tanpa kebenaranNya.

Ertinya tahun 2012 aku telah bercuti ke luar negara sebanyak 2 kali. Mungkin 2 kali itu biasa bagi orang lain atau orang lain boleh bercuti sehingga 6 atau 8 kali setahun! Tak kisah la... ikut kelapangan waktu dan kenaikan ongkos masing2!

Aku sangat2 bersyukur kerana diberi kesempatan untuk bercuti... itu yang penting.

Mac 2012 aku bersama suami mengikut team ke Bandung. Kami seramai 12 orang! Naik van besar. Tapi rencana percutian bukan mengikut selera kami berdua! Kami hanya 'ikut-ikutan' gitu!
4 hari 3 malam... flight jer tengah malam, sampai dah pagi. Esoknya awal pagi dah bangun... lokasi ke sekitar Outlet Factory... then to Pasar Baru. Tak ada ke tempat2 menarik melainkan ke tempat shopping. Masa tu aku bayar RM2,500 utk flight dan ground. (2 pax). Shopping aku spent Rp9,000,000. Percutian ni sebenarnya membuka ruang untuk aku mengenali erti percutian sebenar.

Abis citer cuti pertama 2012 tu... sekrg aku nk citer percutian kedua 2012 ke YOGJAKARTA.
Yeehakkk....


KLIA...
I wanna share what I've been thru there...
Yogjakarta bukan destinasi pilihan utama bagi rakyat Malaysia walaupun ia destinasi ke dua popular di Indonesia selepas Bali. Sebab aku cakap macam ni ialah :
1. Sukar untuk bertemu dengan rakyat Malaysia di sana. Aku spent 6 hari 5 malam di kota Jogja. Setiap hari aku melewati Jalan Malioboro (Jalan utama tumpuan ekonomi) tapi sukar bertemu orang Malaysia. Berbanding Bandung, di dalam Pasar Baru, rata2 orang Malaysia. Sampai rasa macam bukan kat Indon tapi kat Pasar Siti Khatijah pulak!!!





































Pemandang si sekitar Jl. Malioboro. Di Taman Wisata kaki Mount Merapi, terdapat sebatang pokok yang pelik. Batang pokok berpintal2 macam pokok dalam cerita Harry Potter tu...
Mohd Azman & Mohd Azmi di sekitar kawasan Kraton Palace. Tanah terdiri dari pasir seakan hasil dari gunung berapi...
Haa... ha singgah di ladang buah salak. (Skin snake fruit). Hasil yang menarik, buah salak kat sini besar giler! Manisnya... ermmm! Memang aku geram tengok...
 
Pemandangan di pagi hari di luar 'jendela' Mac D.


2. Kebanyakan barangan yang dijual kurang diminati oleh Malaysian. 90% produk dipelopori oleh batik. Sana sini batik... seluar batik, skirt batik, kaos batik, kasut, beg semua batik! Cuma 'under wear'
 jer aku tak jumpa batik lagi!!! Batik di Yogja bukanlah yang biasa2 tetapi yang luar biasa! Di Malaysia batik mereka dikira extreem dan title pak lurah mungkin sesuai bagi si pemakai.
Kalau nak dijadikan baju kurung, kenalah beli yang dijual meter... lokasi di Pasar Beringharjo.



Pemandang di dalam Mirota Batik (antara lokasi membeli belah terhangat di Yogja)












Dah siap nk ke historical places...
Casa Raffles... Suite Room RM780.00 untuk 5 malam.





3. Lokasi utama terlalu padat. TIDAK SESUAI membawa kanak2 malah kalau anda semua nak
ke sana bersedialah dengan air mineral serta face mask. Kesesakan maksimum... Satu perkara yang aku imprez dengan diorang ni... biarpun kedai utama menjual produk batik, taukeh kedai boleh benarkan peniaga lain menyewa kaki lima mereka dengan menjual produk yang sama! No gaduh2 tau yang ada gado2!

4. Makanan lebih baik dinikmati sama ada di dalam Mall (francais mcm KFC) atau Restoran Nasi Padang. Menu utama untuk breakfast dah ada nasi. KFC & MD semua main menu ada nasi! Makanan tradisional di sini agak pelik. Nasi Gudek & nasi kucing paling ngetop! Nasi Gudek tersedia dengan menu esotik seperti Belut, ayam kampung yang dimasak berulang kali beserta kepala tanpa dibuang muncung dan telur ala2 masak pindang tapi quarter inch dah keras giler sebab dah dimasak berulang kali. Nasi kucing tu aku tak jumpa pulak! Untuk menikmati makanan tradisional anda bolehlah ke Pasar Beringharjo. Terdpt gerai berderetan di sepanjang bangunan pasar tersebut. Makanan dijual secara 'open' maksudnya tanpa ditutup, terdedah di laluan khalayak ramai dan peniaga memegang makanan tanpa menggunakan sepit atau sarung plastik. Semuanya straight away taken! So lu fikirlah sendiri! Mereka sangat gemar makan cili api (cili padi). Species cili api yang berwarna hijau lebih besar dari saiz kat Malaysia. Nasi apa pun semua mesti ada cili mentah tu sebagai ulam. Malah ketika melewati gerai malam di kaki lima, aku tgok ada sepinggan cili api diletakkan di setiap meja atau di atas tikar...

5. Bukan nk menghina tapi kenyataannya, di malam hari.... bau longkang naik ke atas dan dpt dibayangkan betapa banyaknya penghuni di bawah sana iaitu lipas. Serius ni... I can't stand the situation... Kaki lima yang siang hari sibuk beroperasi seawal jam 7 - 8 malam sudah beransur ditutup. Maka diganti pula dengan aktiviti perniagaan di malam hari. Kaki lima disapu dan dibentang dengan tikar. Terdapat banner yang tertulis makanan yang dijual menutupi ruang tikar sebagai bidai melindungi tetamu yang hanya bersila menjamah makanan sambil menghirup udara berbau lipas tadi! Inilah keunikan masyarakat di sini. Adakah 'asal boleh' atau 'asal murah'??? Seperkara yang aku teringat nak balik Malaysia cepat bila takda teh tarik! Disuruh buat teh dibaginya teh o. Kena cakap "saya mau teh ditaruk susu"... itupun jalang macam air susu jer. Teh tak 'kaw'! Satu hal masa kat sana aku ketagih la pulak makan nasi padang. Terutama sekali sambal lado sama ada yang merah maupun yang hijau. (sedap lagi yang merah). Cili semata digoreng... enak dong! Bila dah balik Malaysia aku tetiba jadi ketagih. Nak buat tak reti. Nak cari restoran nasi padang kat Seremban ni tak jumpa! Jadi aku tak semena2 suka pulak makan cili api jadi ulam. Seminggu berlalu... dua minggu berlalu... aku hentam makan cili api! Mengidam? Tak da la... aku dah nak pencen! Nak pencen tau belum pencen lagi!!! Masuk minggu ketiga aku pun batuk... demam! Apa taknya suhu badan naik... langsung tinggal cili api! Apa pun aku berani cakap "I miss nasi padang ~ Duta Nasi Padang"

Yang menarik...
1. HISTORICAL PLACESbr /> Aku plan ke sana sebab nak pergi ke lokasi bersejarah yang diiktiraf Unesco. Prambanan & Burubodor antara yang menarik. Kesan sejarah yang menakjubkan. Really amazing! Tapi jangan terkejut sebab Entrance Fee local dgn tourist hampir 6 kali ganda beza. Burubodur saja RP190,000 per head. (RM65) Mahal kan? Ketika aku ke sana musim hujan pulak. Jadi usaha utk mencari & membeli payung hanyalah sia-sia. Puas aku cari di sekitar Shopping Complex tak ada. Malah di gerai yang banyak di sekitar Prambanan & Burubodor pun tidak ada yang menjual payung. Pada hal kalau ada yang menjual tentu good income! Tau kenapa tak ada dijual di situ? Sebab mereka saling membantu dan memberi ruang serta peluang kepada peniaga kecil. Turun dari kereta, sudah ada yang menunggu dengan payung di tangan. Bayar jer 'kontrakan' Rp5,000 sepanjang lawatan anda. Payung diambil semula ketika anda keluar dari lokasi lawatan. Ini pun boleh jadi bisnes!Tapi aku salute dengan cara mereka yang tak tamak dan tidak 'self-seeking' tu...

Masa sampai ni masih pagi tapi cuaca kat sini panas terik!
Ha! tengok jer anak-anak ku ni... hilang mood sebab kepanasan dah tu orang ramai. Bayangkan pagi 2 dah berdozen2 bas datang!

Inilah pintu masuk nak ke Burubodor tu... Setiap pengunjung kena pakai kain batik ni... diberi pinjam tanpa bayaran.
Kami guna tourist guide... katanya tak perlu bayar, tapi diberi Rp5,ooo dah hepi sangat dia...

Di sekitar Candi Mendut... rata2 penduduk di sini beragama buddha tapi muka 'melayu'!
Di sekitar Kraton Palace...
Kapal yang digunakan suatu ketika dulu oleh European untuk menjelajah lautan sekitar Indonesia. Dibuat mengikut draft yang diukir di dinding Burubodor... oleh tukang kayu tempatan!
 
 
2. HASIL KRAFTANGAN yang unik lagi details. Harga sangat murah! Mampu beli! Dari key chain, miniature alat muzik, transport dan banyak lagi yang buat anda "wow..wow... WOW!". Sandals,
selipar jepun... leather products.... absolutely amazing! It seems you can't get these items at any other place in this world! Unik & tersendiri. Tetapi anda kena bijak dalam 'bargaining'. Your bargain-skill needed here... never buy any product without knowing the basic price, u need to compare one another. Sebagai contoh : di Kraton Palace, harga miniature bechak dijual sehingga Rp300,000 manakala di sepanjang kaki lima Jl Malioboro dijual sekitar Rp100,000 - Rp150,000. Sedang di belakang Pasar Beringharjo (di laluan kecil) hanya dijual dengan harga Rp60,000. Barang yang sama! Can see the difference right?

Antara barangan yang dibeli... dulang, alas gelas, pencil case semuanya berciri batik... kotak tisu & kotak barang
 pu leather
sandals & kasut leather yang blh guna hari2 (basahan) Murah giler!!!
Ini memang cantik lagi murah. Diperbuat dari mengkuang dan ditutup dengan sequence
Ha... slipper yang ceria.
T-shirt aku beli lebih 20 helai... buat souvenir customer... kain batik memang cantik2

 


Key-chains ni aku beli lebih... selain for my own collection also for regular customers

3. KONSERT JALANAN... begitu banyak group di sepanjang Jalan Malioboro yang akan membuat persembahan di waktu 'maghrib'! Lagi dekat waktu Maghrib lagi berpusu2 lah orang datang... Jangan terkejut sebab bukan semua Islam di sini... Konsert dianggotai 6 - 10 orang dengan alatan muzik tradisional... sangat menarik! Ada yang disertai penari (shemale) & penari yang telah berusia. Kalau kat Malaysia memang kena kutuk kalau umur gitu terlonjak2. Tapi percayalah masyarakat Yogjakarta adalah orang2 yang tinggi keseniannya!

belakang tu gunung biasa jer berdekatan gunung berapi... hari aku ke sana, jam 8.30 pagi tu pasukan penyelamat jumpa 5 orang pemuda yang tersesat di kaki gunung. Malah mount merapi mengeluarkan asap setinggi 6 meter...
Tahun 2010 beberapa perkampungan di sekitar ditimpa lava gunung berapi sehingga aku ke sana, perkampungan masih tidak dibangunkan semula. Rata-rata pasir & abu lava menggunung di tepi-tepi jalan malah digunakan untuk membuat kraf batu dan bahan membuat rumah. Menara tu untuk melihat sekitar kawasan yang bergaung dan semak samun. Nak naik menara pun kena bayar Rp1,000 seorang! Kat kawasan ni sejuk seakan di Cameron Highland. Kalau nak ke kaki mount merapi boleh sewa Atv tapi bayaran sehingga Rp500,000
4. PENGANGKUTAN AWAM YANG UNIK.
Bechak & Andong (kereta kuda) begitu banyak malah antara pengangkutan popular di sini. Kos jalan sekitar bandar antara Rp30,000 - Rp45,000. (Sebenarnya tidak lebih Rp30,000 tapi bila diorang tau kita tourist, maka sajalah ditekan harga tu). Kalau kereta kuda pulak Rp50,000 - Rp70,000, agak mahal padahal jarak bukan jauh sangat pun! Tapi apa nk kesah... dah sampai sana kalau tak naik kereta kuda tu mcm tak syok pulak!
 
 
5. BARANG MAKAN @ TRADISIONAL SNACKS... kebanyakan yang datang bertandang adalah local yakni dari Bandung & Jakarta sendiri dan lain2 European, Singaporean....
Yogja bagi mereka yang gemar keunikan & kelainan macam akulah. Baik & kurang baik semuanya ciri2 tempatan yang kita tak jumpa di tempat lain... Bakpia adalah 'snack' yang paling popular. Terdapat ramai pengeluar bakpia yang menggunakan kod seperti Bakpia 75, 25 dan lain2. Harga sekotak Rp18,000 - 20,000. Aku beli dalam 20 kotak untuk diagihkan di Malaysia. Tetapi rata2 tak pandai makan dan tidak begitu gemar dengan rasanya! (Ini komen mereka yang aku beri rasa). So di sini aku bagi tips... kalau anda nk rasa sesuatu yang menjadi favourite di sesuatu negara atau daerah tu, pastikan anda rasa dulu. Tanya berapa lama jangka hayatnya (how long it could last). Jika pasti rasanya sedap baru beli dan balik. Jika tidak penat jer... Nak puas beli dan makan selama anda di tempat tu.

6. KOTA GEDE Menarik dengan pengusaha barangan perak. Pukul rata keseluruhan kedai menjual serta membuat sendiri barangan perak. Malah terdapat kilang yang mengeksport produk ke serata dunia. Ketulinan perak memang diiktiraf. Pelbagai bentuk aksesori lelaki & wanita juga barang perhiasan dinding, pinggan mangkuk dan khat. Anda memang tidak dpat membezakan harga bila membeli barangan silver ni... hanya perlu tengok kod seperti barangan emas. Lain-lain nasiblah...! Di bawah gambar salah seorang pengusaha perak Ansor's Silver yang dah established. Terdapat banyak rumah & villa yang dijadikan kilang memproses silver di sini.

Sekitar showroom ...
Sekitar kawasan business yang dikatakan dimiliki oleh kerabat diraja... terdapat restoran mewah, kilang perak dan beberapa bisness lain...
 
Keseluruhannya aku bersyukur dan gembira dapat menjejakkan kaki ke bumi Yogja bersama-sama keluarga.
Satu tips lagi... kalau anda bercadang untuk bercuti dengan keluarga tanpa tourist guide, pastikan anda menempah hotel yang terletak di jalan utama di sesuatu bandar tu. Ini boleh jimatkan masa & duit. Jika jarak jauh dari city centre, kita akan spend lebih untuk transportation sedangkan duit tu blh kita guna untuk shopping. Jika anda dah ada destinasi... search tripadvisor untuk attraction. Kemudian tengok komen2 pelancong lain tentang tempat2 tu... jangan sampai 'indah kabar dari rupa'!!! Oklah aku chao dulu... esok banyak kerja pemasangan... Skdaz-Rantau, Smk Rantau, SK Sega, Sua Betong & Terminal Bus (MPPD)