Saturday, August 24, 2013

Definisi Percutian

Definisi percutian itu sendiri...
bagi saya bercuti itu "lari" dari kerja dan segala aktiviti harian yang setiap hari dilakukan. Termasuklah bekerja utk mencari duit/nafkah, mencuci pakaian, memasak, mengemas rumah dan sebagainya.
Melarikan diri dari aktiviti harian dan pergi ke suatu tempat tak kira sama ada dalam atau luar negara. Meluangkan masa berISTIREHAT, santai-santai, makan-makan dan sebagainya.
TAPI orang macam saya bukanlah bercuti SAKAN all made in orders.
Booking ticket sendiri, tourdesk sendiri... semua kena sendiri sebab 'budget'.

Kalau banyak duit... booking ticket hot seat, hotel 5 star dah tentu airport/hotel transfer included. Berdiri jer kat hotel doorstep dah terjogok taxi atau hotel transport... nunggu nk ngantau! Tak payah menapak... untuk ke mana2 kan!

Tapi takat ni... pengalaman saya memang berbaloi kalau pegi cuti ke Indonesia.
Kita faham bahasa diorang.
Sebenarnya booking online atau kenalan freelance tour trip lebih mahal dan kita terpaksa sebab takut berlaku insiden2 yg tak elok. Jika anda nekad, di Indonesia mudah untuk mendapatkan kenderaan (on the spot) sekiranya anda tak ramai. Sama ada tanya pada hotel reception atau ambil flyer yang terdapat di lobi. Kadang2 ada pemandu persendirian yang menunggu di luar hotel. Mereka ini boleh "ditawar" dan tidak begitu strict dengan masa (8 jam ++). Sebab di Indonesia diorang memang expect kita akan bagi tips walaupun dah bayar ikut standard.
Penginapan : Sekali sekali pergi melancong/ bercuti ke tempat orang tak salah spent lebih kat 4-5 star hotel. Org Malaysia sangat suka pergi Pasar Baru, Bandung. Most items can get there! Pertama kali pergi ramai2 dah siap2 booking hotel, transportation & tours. (12 orang). Walaupun ke mana2 dihantar tapi keluar dari parking area kat Pasar Baru tu berbahang! Sesak kat Pasar Baru ni dari tempat parking sampailah ke shopping area. Hotel 2 star ok lah tapi kebanyakannya jauh dari Pasar Baru ni maksudnya kalau cari hotel berdekatan boleh jalan kaki jer sambil dapat melihat persekitaran. Kira rate 2 star diorg lebih baik dari kita. Baik di segi service, kebersihan dan harga... semuanya lebih baik dari kita. Bukan nk puji diorang, tapi reality sebab faktor money value. IDR memang rendah jadi tak boleh buat apa... harap Malaysia steady jer janganlah asyik buat propaganda atau anti kerajaan nanti nilai RM turun jadi cam diorg hah, baru tau!!! Ingat yer... bersyukur dengan apa yg kita ada hari ini jangan dengar guruh di langit, air di tempayan kita curah buangkan. Tak jadi hujan... padan muka takda air!!! (Ini pesanan khidmat masyarakat untuk kita dan negara kita yang tak lama lagi menyambut HARI KEMERDEKAAN).
Jadi sambung balik citer... bookinglah 4 star hotel kalau ke Bandung. Tak rugi. I recommand Hotel Golden Flower. Dekat sangat dengan Pasar Baru boleh jalan kaki jer. Di sebelah hotel tu ada Mart ala-ala 7E milik hotel tu jugak yg menjual beverages dan few more daily needs dengan harga yang  murah berbanding kalau anda nk beli air mineral di kedai lain atau di dalam Pasar Baru sendiri... mahal dan harga boleh tukar2. (Maklumlah takda price tag). Jangan makan di dalam food court Pasar Baru! Kotor dan harga main "boh" jer. Berbalik citer  Hotel yg saya recommand tadi ada gym, sauna, outdoor swimming pool. (Kalau ada budak2 tentu berbaloi sebab diorg mesti nk berenang2). Emak2 pulak boleh berkurung dlm bilik sauna at least dpt jugaklah burn fat sekejap!!! Ini dah included tak perlu bayar. Breakfast buffet included. Semua sedap! Toiletteries yang bagus, towel bersih dan seperti baru semua tu penting kan... jadi biarlah kita keluar duit lebih sikit. Boleh masak air... even setiap hari diberi mineral water percuma. Free transfer (one way). Harga dalam RM180 ke atas utk 1 malam. Sedangkan hotel 2 star kalau silap pilih hampir sama harganya dengan 4 star. Ambil 1 hari tour ke mana2 interesting places dah cukup charge tak termasuk entrance fee IDR350,000 - 550,000.
Saya dapat on the spot transport depan hotel IDR350,000. Round sepuas2nya...
Bila berada di Bandung atau mana2 area kat Indonesia... halal food mudah diperolehi. Makanlah sepuasnya dan nikmati kelainan masakan tempatan. Murah dan sedap! Makan memang bagi saya termasuk dalam definisi percutian. (Janganlah masak maggi kat bilik hotel... manjakan diri sekali sekala...:)
Shopping.... memang kalau orang pumpoan ni section paling digemari. Bila bergelar "tourist" semuanya menjadi berkali2 ganda mahal. Cari tempat yang ada price tag jadi dari situ anda boleh tawar-menawar tanpa ragu. Jika disebut secara lisan ia akan menjadi triple atau XLXLXL
Bagi saya bab membeli dan belah ni mmg tak blh spent over! Maksudnya mesti buka 1/2 harga... nak jual ok kalau tak belah! Mesti value RM tu betul2... bak kata "hand-earn money". (Nanti saya postkan citer bercuti ke Vietnam pulak... ada banyak tips)
Ringkasnya, bercutilah dengan memilih secara tepat : Penginapan, Transportation, Makanan atau Local Products dan Shopping. Bagi RM anda tu berbaloi2 bukan balik kat Malaysia letih tak patut yang  kita dapat. Teragak nk beli dan harga value to RM ambik jer... jangan sampai rumah menyesal lainlah kalau ada lagi nk ke situ!!!
Sekian beberapa tips dlm percutian....