Thursday, September 26, 2013

Jabatan Perhilitan Papantanda Kawasan Lintasan Hidupan Liar

Mengikut perjanjian, 2 minggu adalah tempoh siap bagi 14 unit Papantanda Jabatan Perhilitan.
Syukur kepadaNya kerja2 siap dan yang penting Yang Esa tidak putus memberi rezeki.

Saya juga menghargai kepercayaan pihak Jabatan Perhilitan kerana memberi sokongan kepada kami.
Diharap masa mendatang, kami menjadi pilihan...

Atas kesungguhan melaksanakan kerja2 ini kami menggunakan bahan yang terbaik. Mutu kerja dijaga bagi setiap unik.


Gambar tarpir atau tenuk sebagai simbol binatang liar... signboard ni kami tak pasang hanya supply sahaja. (Mungkin Jab. Perhilitan risau kalau kami pasang nanti disondol pulak hidupan liar tu!!!. Maklumlah bukan ada ubat pelali nak 'shoot' yang adanya cangkul, penggali... dan lariii).

Nampak tak silau @ reflection kuning tu... material yang digunakan adalah original 3M bukan china product. Beza antara dua product ni, yang original tak perlu explain kualitinya tapi yang china product tu tak sampai setahun reflective dah hilang jadi kuning biasa tanpa pantul. Malah ia akan terkopek atau mengelupas dari plat menjadi retakan/rekahan. Oleh itu kepada pembaca berhati-hati sebab ia kelihatan sama pada hari pertama anda melihatnya!

Ini sahaja buat kali ini... terima kasih Jab. Perhilitan!!!
Sokongan anda sentiasa dihargai!

Monday, September 9, 2013

Hexagon Signboard

Pertama kali membuat hexagon design signboard. Bukan mudah lebih2 lagi mesti disiapkan dalam masa 2 minggu termasuk pemasangan.
Kami ingin kongsikan hasil yang telah disiapkan bersama anda semua. 
 
Plate yang telah siap - 3 layer (Reflector Sheet, Inkjet Media & Laminating)
12 posts (24 pcs ov signs - double face)






Inilah di antara signboard yang telah siap ditanam di sepanjang pantai Bt. 4, Port Dickson.
Pemasangan 5 & 6hb. September 2013.


 

Sunday, September 1, 2013

Vietnam, kami datang...

Seperti yang dijanjikan inilah kisah percutian saya dan keluarga ke Vietnam 19 - 23hb Ogos 2013.

Pejam celik dah 9 hari balik dari bercuti.
Sebelum ke Vietnam seperti biasa saya akan search tempat2 yang menarik dan tips dari pelancong di tripadvisor.
Namun sebaik menjejakkan kaki ke tanah Vietnam (yakni keluar dari bangunan Airport) untuk mendapatkan taxi... kami telah ditipu. Untuk pengetahuan anda semua dari Airport ke mana2 tempat dalam town tidak melebihi 200,000VND untuk SEBUAH TAXI. Bukan 200,000VND per head. Saya bertanya 2-3 kali kepada 'supervisor' yang beruniform tu adakah 200,000VND tu merangkumi sebuah taxi? Katanya "No, each person. It takes 1 hr to get there!" Bila dia kata 1 jam saya percayalah sebab dari Senawang ke KLIA lebih kurang 1 jam tambang sebuah taxi RM80. Jadi samalah tu!
Naik jer taxi driver (Org lain yg dah pakat ngan supervisor tadi) terus minta dibayar 500,000 dah tawar, kalau tak 600,000. Kami pun bayar.
Dia singgah ke petrol station dulu... katanya petrol kat situ mahal... memang pun. Kat Malaysia ada subsidi pun rakyat dah marah2... alasan Malaysia negara pengeluar. Abih gali tak guna modal?
Rupa2nya hanya 210,000VND jer sampai di tempat yg dituju! Semua taxi ada meter automatik. Itu pasal dia minta duit dulu... kalau tak dah tentu kami ikut meter. Lebih kurang 1/2 jam jer... tapi malas nak argue. Target nak sampai cepat.

Saat paling membosankan boarding time... kalau tourist siap tidur baring kat atas seat tu, keluarlah "bantal & selimut" ucuk diorang!!!
 
Nampak yang pakai unidorm putih sambil cekak pinggang tu... hati2 lah dengan dia ni, big liar.
Nama company taxi tu Saigon Air.
 
Perhatikan nama company kat belakang seat tu... jangan ambil taxi ni kecuali guna meter.
Rupa2nya dah balik baru jumpa comment dari tourist ramai yang tertipu dengan diorang ni...
 
Kami ambil bas dari Ho Chi Minh ke Can Tho. (170km) Bas sepatutnya hanya 3 jam perjalanan tapi memandangkan kami tersalah sekali lagi... ambil bas henti2. Inilah akibat sorang cakap itik sorang cakap ayam... miss communication! Dinasihatkan kalau nak ke mana2 dalam Vietnam ambil bas FUTA Phuang Trang. The best, cepat, berdisiplin dan bersih. Tambang lebih sikit tapi puashati.
 
Inilah company bas yang terbesar dan paling dipercayai
 
Kami sampai ke Can Tho lewat yakni jam 8.45pm. Hotel kami Kim Long Hotel. Kedudukan hotel berdepan dengan Sungai Mekong. Sangat strategic. Ada kedai halal, ada spa, bangunan Can Tho Market juga berdepan dengan hotel. Semuanya boleh berjalan kaki jer even pasar malam betul2 depan hotel. Kami ambil 1 hari Delta Mekong Tour dan all out dengan penginapan beserta tourist guide (USD30) 2,100,000VND. (Hotel 2 malam).
Perjalanan tour ambil masa hampir 7 jam. Menyusuri sepanjang sungai beserta 'lepak' di tengah2 Cai Rang Floating Market. Kami keluar seawal jam 5am waktu tempatan. (1 jam lewat dari waktu kita) Namun persekitaran adalah 2 jam awal dari kita. Jam 6.30ptg dah mcm 8.30 malam kita.
 
Waktu subuh tu....
 




Sekitar Cai Rang Floating Market... kena keluar awal sebab mereka hanya sekejap kat tempat berkumpul sebelum berlalu ke destinasi lain... kira kami keluar seawal jam 5 tu pun dah miss ramai peniaga lain. Ingatkan dapatlah beli dragon fruit. Kelapa muda kat sini murah 25,000VND utk 3 biji. (RM4.00) Kat Seremban sebiji jer dah RM3.50. Sama jer kalau kat Ho Chi Minh dah 25,000VND sebiji. Labu, kelapa  muda dan keledek paling banyak.
 


 
Memang puas bercuti kat Can Tho ni.... tapi halal restoran sudah nk cari. Yg kami jumpa ala2 mamak itupun mahal giler! Roti canai memang dihidang 2 keping utk 1 set harga 80,000VND (RM12.00) dan teh/kopi segelas VND45,000 (RM7.00) so rate ni kat tempat kita kira rate kopitiam. Nasi goreng cina, nasi goreng ikan masin dan lain2 sama macam kat tpt kita... tapi harga 3 x ganda maksudnya untuk sepinggan 120,000VND (RM19.00) bukan ada udang saiz XL pun. Tapi makanan Vietnam murah cuma tak halal. Kalau kat Vietnam ni jgnlah order teh. (tak pandai buat teh, tak kick)  Kemestian kopi sebab harga lebih kurang. Kopi diorang terbaekkk. Kaw giler!
 
Ini dipanggil Basaac, boat yang bawa tourist beserta service makan. View kat sini memang cantik. Ramai yang datang lepak2 di waktu petang. Kat tebing tu restoran yang bersih dan bangunan Can Tho Market yang menjual barang2 souvenirs, T-shirt, table cloth dan macam2.

Inilah kedai yang mana kami takda pilihan utk dapatkan halal food.
Berbagai jenis nasi beriani dijual tapi tengahari beriani, malam beriani... muak jugak!

Tourist Guide kitaorang. Pelajar Universiti yang kira fasih berbahasa Inggeris.
 
Inilah landmark Can Tho.

Pandangan keseluruhan Basaac.
 
 
 
Gambar2 semua kat Can Tho. Next saya muat turunkan gambar2 kat Ho Chi Minh pulak k...
Bye for now... (server slow weekend ni... nk load picture berkurun pulak!)