Thursday, September 26, 2013

Jabatan Perhilitan Papantanda Kawasan Lintasan Hidupan Liar

Mengikut perjanjian, 2 minggu adalah tempoh siap bagi 14 unit Papantanda Jabatan Perhilitan.
Syukur kepadaNya kerja2 siap dan yang penting Yang Esa tidak putus memberi rezeki.

Saya juga menghargai kepercayaan pihak Jabatan Perhilitan kerana memberi sokongan kepada kami.
Diharap masa mendatang, kami menjadi pilihan...

Atas kesungguhan melaksanakan kerja2 ini kami menggunakan bahan yang terbaik. Mutu kerja dijaga bagi setiap unik.


Gambar tarpir atau tenuk sebagai simbol binatang liar... signboard ni kami tak pasang hanya supply sahaja. (Mungkin Jab. Perhilitan risau kalau kami pasang nanti disondol pulak hidupan liar tu!!!. Maklumlah bukan ada ubat pelali nak 'shoot' yang adanya cangkul, penggali... dan lariii).

Nampak tak silau @ reflection kuning tu... material yang digunakan adalah original 3M bukan china product. Beza antara dua product ni, yang original tak perlu explain kualitinya tapi yang china product tu tak sampai setahun reflective dah hilang jadi kuning biasa tanpa pantul. Malah ia akan terkopek atau mengelupas dari plat menjadi retakan/rekahan. Oleh itu kepada pembaca berhati-hati sebab ia kelihatan sama pada hari pertama anda melihatnya!

Ini sahaja buat kali ini... terima kasih Jab. Perhilitan!!!
Sokongan anda sentiasa dihargai!

No comments:

Post a Comment