Tuesday, February 18, 2014

Percutian ke Kuching, Sarawak


10hb - 13hb Februari 2014.
1st. time ambil flight pagi! 9.45 pg dah sampai Kuching Int. Airport. Kami dijemput oleh tuanpunya Kereta Sewa tepat pada masa... we salute you Mr. Hadi! Bagi sesiapa yg nk sewa kereta self-drive boleh contact Mr. Hadi... 014-5893433. I kenal dia melalui internet jer... contact & set time! No deposit before arrival... you pay all when you take car's key. Pada yg tidak pandai menepati janji better don't deal wt him. Sebab susah payah dia tunggu kat Airport tanpa ambil deposit tetiba you tak datang atau buat2 lupa... itu dah kira kes naya. (bahasa kasar I buat u'olls yg peEL cm ni "jgn fikir tempolok sendiri jer"). Bunyi cam marah kan! Yer, I hormat pada org yang menghormati.

"Miss u QAU 3109!"

Tips Makan
K, sambung citer... GPS dah ada so apa lagi, on jerlah!
Kita target nk makan dulu... sebut pasal makan Sarawak traditional food not really my taste. Mee Kolok, Laksa Sarawak... xreti sgt makan! So nk breakfast & lunch mmg susah sikit! Last2 makan Pizza Hut/KFC. Teh tarik atau lain2 air yg dibancuh harga bermula RM2.50 segelas. Maknanya air tin lebih murah RM2 setin. Mineral & makanan bermula dgn RM4 sama cam kat Semenanjung.
Selama 3 malam berturut2 my hubby & I ngap kat Top Spot. Kalau kat GPS cari Top Spot Taman Letak Kereta sbb ada 2 Top Spot. Top Spot memang fokus seafood. Pemilik majoriti cina tetapi ada sijil halal dipaparkan. Makan memang sedap dan murah bagi katogeri seafood. Ketam & udang saja yg masih hidup lain2 dh mati tapi still fresh. Lobster wow besar saiznyer! Masakan I recommand try masak butter & telur asin (nikmat dunia), sotong goreng tepung yg I mkn tak best sbb lembab tak crispy (harga RM12 utk 2 org). Ketam dalam RM35-45 utk 2 org dah kenyang. Sayur midin / sayur campur / sayur Sarawak sepinggan (2 org) bermula RM8 - 16. Udang sekilo RM45 ke atas siap masak. Ketam tadi bermula RM45 - 70 sekilo. Ikan terubuk fresh RM60 sekilo. Rugi kalau tak rasa makan kat sini. Bermula jam 6pm till 2am. Tourist memang target kat sini sebab area dekat dgn Hotel Hilton, LHDN, Pullman...

ready nak makan!

Kena ngan nama Top Spot, ia memang terletak di atas bumbung tempat letak kereta dan dikeliling ngan Hotels



















































































































Sedap sayur ni... utk 2 org RM8

Ini mahal jugak.... sepinggan bila dikorek2 isi adalah sikit, RM16

Ini RM45 (Butter + telur asin)
Masak Cili kering.... + belacan. I perasan belacan diorg lbh sedap sebab kurang masin
Tak tau kenapa dlm menu yg dh order... sotong ni tak sedap! RM12... lembap x crispy dah tu sikit sangat!!!


GPS
Untuk pengetahuan anda, jalan di Kuching semua one way. Ada byk pecahan simpang. Jika anda silap simpang maka kenalah keliling alam semula! Begitu jugak kalau nk menyusur keluar dari town area. Semua guna bulatan. Setiap bulatan ada byak simpang sama jugak kalau silap... kenalah berputar asal jangan diputar alam sudah!

Pemandangan dari seberang sungai... hotel kami

Ini Kg. Boyan, tempat di mana Kek Lapis Sarawak dikeluarkan

Di sini kawasan kampung... hanya di seberang sungai kelihatan fenomena yg berbeza, hotel2 4-5 bintang tegak berdiri!
                                                                                      

Byk khemah didirikan bagai cendawan tumbuh selepas hujan... Valentine Day disambut meriah kat sini!

Kalau kat NS, kita tukang buat signboard susah payah buat tulisan jawi, kat sini mcm kat China pulak!



SHOPPING
Tun Jugah, Sarawak Plaza hanya berbentuk Outlet. Merdeka Plaza sama mcm shopping centre kat sini. Nothing much to do. So kalau kesuntukan masa... tak perlulah singgah.
Fokus memang kat Main Bazaar. Kat Internet I search nampak grand tapi sebenarnya peniaga kat situ tak ramai & langsung tak ramah! (peniaga Islam). Sebaliknya mula masuk kat bangunan tu akan jumpa gerai pertama sebelah kanan.... chinese woman, blh sangat beli key chains, fridge magnet sebab I dah search dia the cheapest.
Jalan Main Bazaar adalah 2 deret kedai di hadapan Waterfront. (opposite dengan Main Bazaar). Di sepanjang deretan tu dijual pelbagai barangan terutama sekali souvenirs & t-shirt. Ada jugak beberapa hotel murah tapi look Ok cam Kuching Waterfront Lodge. Parking susah sikit. T-shirt di Kuching agak mahal. Normal RM18-35 sehelai. Ada yg offer (termurah) 3 helai RM50. Souvenirs memang kena pilih kedai. Harga tak dpt kurang banyak cam kat Indon. Kebanyakan souvenirs adalah produk Indonesia so berhati2 bila beli. Jika anda nk ke Indonesia elok jgn beli kat Kuching. Kecuali produk yg betul2 dikeluarkan di Sarawak. Motif/design kita blh kenal. Kain jugak kena pilih ada batik Indon. Harga setiap kedai ketara bezanya. Bayangkan benda yg sama seblh kedai jual RM16 di sebelah pulak RM32. So anda tak blh masuk kedai dan terus beli! Tips I pergi kedai hujung sekali sekitar UD60... sebelah atau langkau 1 kedai harga mmg murah!
Untuk pengetahuan anda, sales girls biarpun bertudung tapi mereka tidak ramah. Muka masam mencuka. Tak mcm di Indonesia, mrk ramah dan senyum sbb nk duit kita. Ini mcm tak kisah "nk beli, beli... tak nak blh jalan". Sorry I bukan nk complain org Sarawak... tpi mereka patut ubah penampilan! I mmg pantang kalau berdepan dgn orang yg muncung panjang.

PARKING
Setiap kali parking kena letak kupon. 1/2 jam RM0.20. Tak perlu letak lebih sebab masa pertama 1/2 jam. Jika anda dh parking lbh 1/2 jam mrk akan letak kupon merah yakni RM0.50 1/2 jam lagi dan RM0.80 utk tambahan setiap 1/2 jam berikutnya. Nanti bayar kat pondok.

KEK LAPIS SARAWAK
Most recommanded is Mira Kek Lapis. Hanya di seberang sungai. Blh naik sampan RM0.50 one way. Tapi I tak nampak pulak servis sampan yg ada Cruise keliling town. Mungkin Sabtu & Ahad ada servis ni. Tapi memandangkan I sewa 4 hari kereta jadi takda masalah lah nak berulang kat sana. Beli 10, free 1. Harga RM10 satu dan yg baik sikit RM20. Ada tester... no hal! Beli masa nk balik.

Posing kat depan Mira Kek Lapis... RM166 dpt 12 packs free 1

Berlatar belakang Gunung Santubong

Kat gerai jual ikan masin terubuk just next to Mira Kek Lapis






Semua kat dlm Chinese Farm house ni antik belaka!
"Tengok jer... takda nak ambik apa pun!!!"

Aha... masuk kat Cultural Village - China farmhouse, ada lagi kalendar tahun 70an -90an.


IKAN MASIN TERUBUK
I recommand beli kat Pasar Satok. Pasar ni dibuka setiap hari cuma beza lbh peniaga pd Sabtu & Ahad. Hari biasa pun ada. Nk beli kat hujung sekali sebelah kanan dari jalan luar bangunan. (lupa nk tengok nama kedai). Mereka akan memanggil2 anda utk beli.. ha kat sini diorg ramah. Try tarik muka... alamat busuk lah ikan. Kat stall I beli tu (kira dia  tengah bangunan) beli 10 ekor RM50 (besar jugak) dan yg harga RM20 seekor I dpt 1/2 harga bila ambil 5 ekor... dpt free lagi seekor! So I bawa 16 ekor. Wow! Diorg bungkus baik jadi ikan I elok biarpun I beli pagi sehari seblm balik! (flight malam). Mula dh risau sbb tersilap beli awal... nekadnya letak kat dlm bilik hotel. Lain kali anda beli pagi hari nak balik sekali dgn kek lapis. Sebab sekali jalan. Kek nanti tumpang fridge hotel. (kalau flight lambat la). Oh ya belilah kek lapis BASAH. Kering tak sedap...
Kat Jalan Main Bazaar ada jual di sepanjang kaki 5, tapi hygience kurang kot! Kalau tak sempat ke seberang, anda blh beli kat dlm fridge kat kedai2 tu tapi mahal (Less sugar) RM60, 85 & RM18 sama saiz.

Comel kan keta kita kat sini!... Viva save petrol la... 4 hari siang malam round habis RM60 jer! Abby tunjuk ikan masin terubuk yg dibeli ada 16 ekor RM100
Inilah Pasar Satok.... tapi kat GPS kena cari Medan Niaga (kubah) Satok. Ini bangunan jual Kek, Sayuran

Jalan ikut tepi bangunan & hujung sekali masuk kanan jumpalah para peniaga di kiri kanan anda yg begitu peramah dan pergi hujung sekali seblh kanan... terbukti ikan dah 2 malam simpan tanpa dlm fridge blh tahan! Tapi anda jgnlah buat gitu... sya terbeli awal!


HISTORICAL PLACES/ATTRACTION
I sempat masuk Fairy Cave & Wind Cave. RM1 jer per person entry fee. Pastikan anda tak bawa byk brg/beg berat. Bawa torch light, minuman & tisu. (Sebab ada kelawar... manalah tau dia melepas ker!) Nasib kita berdua tak kena!
Not to be missed mestilah Sarawak Culcural Village. Entry RM60 seorg dewasa. Kanak2 1/2 price. Taklah besar sangat areanya. Anda sampai jam 9.30am ngam2 dah lawat 1 round semua rumah etnik tu dan ready utk tgok cultural show jam 11am. Pastu dah blh balik!. Kalau tiba lewat, nanti jam 4pm ada sekali lagi show (they said it is the same show... I don't know but I can't wait till that time).
On the way back to Kuching town singgah kat Cat Museum. Bangunan Majlis Perbandaran Kuching, its on top of the hill, easy to get there. Cuma exit tu berputar sikit! Masuk percuma cuma anda kena bayar RM3-4 for each camera (hp) or digital.
I tak sempat nak ke Bako National Park. Kena ambil 1-2 hari travel ke situ. Tak blh pergi berdua jer! Maklumlah kalau terserempak ngan badak camana? Lagi ada package naik bot ke Pulau.... Kalau anda lama then better take this opportunity... adventure sikit!

Yok... naik!

Ngam2 kat atas tangga yg tinggi tu air menitik!


Photo di sekitar Fairy Cave & Wind Cave
Help!.... help!



Di depan Fairy Cave, ni chalet ala2 rumah tradisional etnik Sarawak RM150 satu mlm!!!


Itu jerlah... sharing is caring, my journey to Kuching, Sarawak (1st. time)
Lihatlah photos kami...