Saturday, July 19, 2014

JAKARTA Leisure...

Booking tiket tahun lepas untuk ke Bali pada 13hb Julai 2014. Rencana bercuti ke Bali sampai 16hb. saja kemudian ambil flight dari Denpasar ke Jakarta. Esoknya pulang ke Malaysia.
Atas perkara yang LEBIH MUSTAHAK kami tunda ke tarikh lain. Maka tiket Bali ke Jakarta 'burn'.
Jadi tiket Jakarta ke Malaysia memang dapat rate paling rendah RM127 untuk 2 orang terasa sayang nak di'burn'kan.
So kami book last minute tiket ke Jakarta pada 14hb. Julai melalui Lion Air sekitar RM167 seorang.
Jadi plan ke Jakarta ni antara nak tak nak lah!
14hb. sampai CGK jam 15.30 WIB. Kami terus ambil bas DAMRI ke TMII (Taman Mini Indah Indonesia). Tambang hanya IDR30k seorang. Bas memang berkondisi baik, siap ada CCtv lagi. Jika anda mengambil teksi dari Bandara (Airport) ke situ caj sekitar paling minima IDR350k. Manakala booking kereta sewa sekitar IDR450k. Jadi saya nasihatkan anda kalau benar2 nak ke TMII tu ambil saja bas DAMRI yang tertulis Kampung Rambutan. Bas akan berhenti di tepi jalan di mana terdapat banyak teksi yang menunggu. Anda akan nampak TAMINI Square (Pasaraya) yang besar di seberang jalan. Anda ambil teksi dan minta hantar ke TMII jarak hanya 4.4km. Tapi anda kena ingat di mana2 di Indonesia ketulusan bukan amalan! Rate sebenar hanyalah IDR30k. Bila anda itu traveler, memang harga naik sampai IDR60k. Anda bersetuju kalau IDR40k sahaja. Bayar semasa nak naik taxi... sebab kalau anda bayar ketika sampai di TMII, jika wang IDR50k atau IDR100k maka dia dengan selamba akan ambil lebih IDR10k lagi!!!

Suasana desa sesuai dengan nama Hotel Desa Wisata  

Start berlegar di kawasan TMII... terasa macam tempat sendiri pulak!


Kami memasuki kawasan TMII... rupa2nya hotel Desa Wisata yang kami booking berada di hujung taman tersebut. Studio Room gitulah nama bilik yg ditempah... tapi situasi tidaklah seperti yg kami harapkan! Kadar 1 mlm IDR450k termasuk breakfast. Kami book utk 2 mlm, tpi memandangkan persekitaran yang tidak begitu menyenangkan maka kami check out esoknya. Hotel cantik, suasana cottage pun cantik, memang mesra alam.
Satu perkara yang saya bgi 5 bintang, makanan (dinner) yang kami order. Nampak biasa tapi saya blum pernah rasa di mana2 hotel makanan sesedap itu. Rezeki saya berdua.

Nasi Goreng Keju ~ 1st time makan dan paling lazat


Gado gado ni memang original... nampak cam tak sedapkan... tapi kuah kacang tu, wow!

15hb. Julai 2014
Kami keluar dari kawasan hotel menuju ke kawasan TMII... kebetulan ada beberapa 'mat indon' menunggu untuk menyewakan motorsikal. 1 jam IDR50k... mahal kan! Memandangkan masalah di TMII ini sukar nak mendapatkan transport maka terpaksalah... pandu sendiri! Jika tidak terpaksa sewa 2 motorsikal yg mana pemilik kenderaan membawa seorang penumpang... lagilah kos tu...
Kami pun berligar2 sekitar kawasan TMII... 2 jam itupun tak abis! Rasanya untuk puas kena ambil 5 jam. Anjungan pelbagai etnik di Indonesia semua ada di sini. Bukan setakat bergambar di hadapan Anjungan malah boleh naik ke atas rumah dan melihat cara hidup mereka... entrance percuma.
Selain dari itu terdapat pelbagai muzium, cable car, train, snow bay dan macam2 lagi! Pada saya ini antara tarikan Jakarta. Tengoklah beberapa gambar di sekitar TMII...









Kami memang benar2 ke sini utk bercuti bukan untuk shopping walaupun Hari Raya Aidil Fitri hanya seminggu jer lagi! Adalah beli sikit2 kuih muih, baju, selendang...
Selesai berjalan di TMII kami mengambil taxi ke luar dari kawasan tersebut menuju ke Terminal Kampung Rambutan. Di sini ada bas DAMRI terus ke Bandara... mmg fasiliti mudah. Oh ya taxi tadi IDR40k. Sampai di situ kami bertanyakan taxi utk ke kota (maksudnya bandar Jakarta) perjalanan sekitar 2 jam mungkin kalau 'macet' lagi lama. Kos taxi IDR350k tak termasuk macet. Jadi ada pula kereta sewa (perebet sapu lah kira kat kg2 sini!) bertanyakan "Bu, mau ke mana?" Lantas saya pun ckp nak ke Jln Glodok Favehotel. Caj hanya IDR200k. Bezakan dengan taxi tadi! Lebih elok naik kereta ni sebab kalau naik bas kena turun naik... dah tu tak tau kawasan.
Sempatlah tidur.... memang Jakarta jalan flyover, highway semua jam.
Ngam2 nak time check in kami pun tiba. Kereta tadi dropkan kami kat entrance gate jer....
Merayaulah mencari pintu naik ke hotel. Sebenarnya Favehotel Jl. Glodok ni share dengan LTC Glodok iaitu bangunan perniagaan barangan elektrik, machineries dan segala macam peralatan kontraktor. Ada 5 lantai semuanya menjual barang tersebut. Di celah2 tu adalah kedai jual ubat-ubatan, food court (tpi xselera sebb masuk jer dah bau lipas!)... ha kedai menjual lukisan pun banyak.
Kira penginapan kami 2 malam di sini tidaklah membosankan kerana blh berjln melihat ruang2 niaga mereka. Kami makan hanya di hotel & 7 Eleven yang berada di Ground Flr. Hotel berada di tingkat 8. Tidak ada restoran atau premis makanan di sekitar bangunan berdekatan kecuali warung2 di kaki lima! Tips kalau anda menginap di sini... untuk ke Tanah Abang ambil Angkut No. 8 hanya IDR5k seorang. Dan balik ke hotel semula dengan kenderaan No. 8 juga tetapi kena beritahu driver anda nak turun di Jl. Glodok. Kena turn back jalan kaki menuju ke jejantas... maksudnya Angkut lalu di seberang jalan.

Naik bajai...

Merasa jugak naik angkut

Biker Kental!

Manakala kalau nk ke Mangga Dua kalau naik taxi dari lobby hotel (taxi byk sentiasa menunggu) caj sekitar IDR35k kalau macet. Jangan tersalah yer kat sini ada 3 bangunan iaitu WTC Mangga Dua (better tak payah buang masa kat sini... bisnes mcm nk tutup)... 2. ITC depan sikit, ha di sini anda blhlah shopping dan yg penting di ground floor ikut kiri dari pintu masuk ada Money Changer yang paling bagus... saya dah tanya sekitar Jakarta rate IDR1juta bersamaan RM350. Tapi kat sini dapat IDR3 juta dengan RM850... save a lot.
Pemandangan di hadapan Favehotel

Ruang niaga di dalam bangunan LTC Glodok

Let's chau!

Suasana rumah tradisi... uniknya rumah ni

Sebenarnya Tanah Abang lebih berbaloi kalau anda pergi sebab ia sama seperti Pasar Baru Bandung. Tetapi perniagaan di Jakarta rata2 tidak telus sebab TIDAK ADA TANDA HARGA kecuali 7 Eleven! Maklumlah negara paling atas kadar korupsinya! Harga ikut siapa anda!!!
Saya bukan nak memburukkan Jakarta tapi jika anda tengok hotels review melalui beberapa website hotel booking... rata2 yang complain habis-habisan bukan Europe, Japan atau mana2 negara Asia lain sebaliknya orang Indonesia sendiri. So?
Ini kali pertama kami ke Jakarta... mmg takda yang best sangat.... jauh beza dengan Bandung. So kalau anda terpaksa memilih 1 antara Jakarta & Bandung... pergilah ke Bandung, sejuk, barangan memang 'taste' Malaysia & makanan sedap2. Cuma di Jakarta kurang peniaga kaki lima dan pengemis berbanding Bandung.
Hari terakhir di Jakarta kami ambil taxi dari lobby jer malas nak bawa luggages. Caj IDR200k. Manakala Airport tax IDR150k seorang.
(Saya memberitahu harga, beberapa tips serta komen yang direct SEBAB saya expect bila nak ke sesuatu negara tu kita perlu tahu serta alert dgn perkara2 yang penting... so I don't mind sharing the info! I do hope that also can get more info from people out there... )

1 comment:

  1. The seller don't give pricetag means it can be bargained anyway.
    Next time if you come again you could use transjakarta with only IDR3.5K to wherever you wanna go around jakarta

    ReplyDelete