Sunday, November 15, 2015

Papantanda Projek Mesra Rakyat

Inilah adalah contoh Papantanda Projek Mesra Rakyat



Berikut pula Papantanda Projek Kerajaan Negeri




Komersial Signboard




Saturday, November 14, 2015

Papantanda Satu Malaysia JKR

It's quite busy to be here....
but for business here I am...

Terima kasih! Kepada semua pelanggan sama ada pelanggan baru mahupun yang lama.
Sokongan anda adalah inspirasi kami untuk terus teguh di bidang pengiklanan yang kini memasuki tahun ke 13. Syukur kepadaNYA.

Ini adalah "pick-up of the week" yang sempat diambil.

Papantanda JKR untuk projek Kelas D (G4)

Kerja2 footing dan menegakkan papantanda selesai 


Plat Butiran/Info siap dipasang
 Finishing ~ Touch up 

 Dah siap.... ready to chau!
Back Support (Limited area...)

Kepada para kontraktor Kelas D yang mendapat projek bolehlah menghubungi kami untuk Papantanda ini... Anda boleh sama ada mengikut spesifikasi JKR (Seperti gambar2 di atas) atau mengikut budget anda... NO PROBLEMO

Monday, September 14, 2015

PAPANTANDA BERKUALITI

Pelanggan/Penanya yang dihormati :
TOLONG jangan minta kami buat Sebutharga yang hanya untuk mencukupi 3 atau lebih sebutharga yang diperlukan oleh bos/majikan anda.
Kami hanya melayan sesiapa yang benar2 BERMINAT untuk berurusniaga dengan kami sahaja. Maksudnya anda tidak terbuang masa begitu juga masa kami.

Caranya :
email sebarang specification (ukuran/spec) yang anda ada ke liza_66streamyx@yahoo.com.
Pastikan anda JUJUR untuk mendapatkan sebutharga tu yer!

Paling mudah :
dapatkan harga dari beberapa supplier dan anda boleh tawar-menawar dengan kami berdasarkan harga yang anda ada. Kualiti produk beserta ukuran mestilah sama. Maksud kami : jika anda nak 'cut cost' boleh berbincang... tapi kalau anda nak termurah, berkualiti dan tahan lama tentulah TAKDA. Kalau ada yang mengaku barangan mereka berkualiti dan tahan lama sedang harga yang diberi murah... itu TIPUlah. Takkan Nasi Arab boleh bagi harga nasi budget... tak logik!!! Murah sebab anda terkena... BERHATI-HATI dengan apa yang anda bayar dan kualiti produk.
Jika anda nak yang murah memang ada tapi TIDAK AKAN ADA yang tahan lama : itu adalah KENYATAAN ~ Peringatan dari Liza Advertising.

Penghargaan :
Terima kasih kepada para Pelanggan!
Ramai yang telah berurusniaga dengan kami sama ada membuat papantanda, frame gambar mahupun banner/bunting... kami hargai urusniaga tersebut. Yang penting kami mendapat "repeat order" dari anda malah ramai yang datang atas rekomen anda.
Kami percaya "hanya yang terbaik akan mencari yang terbaik"... Logik kan?

"Running a business doesn't have to be only about making 

money. It needs sincererity, something like honesty and 

respecting each other." ~ Norliza Hassan.


Hi there! I would like to tell you all that what I'm publish here are something that our team been thru. It's not what I took from others.
We started our business in 2002 till today, thanks to HIM for letting us doing this business as part of our lives and most important this is the way we earn money for living... "Ya Rasulullah... you're the Greatest...SELAMA-LAMANYA".

I recieved Calls, Whatapps even Emails almost everyday asking for QUOTATION.
Dear Customers/Callers/Emailers : PLEASE don't ask me for DUMMY Quotation in order to complete your 3 or more quotations to fullfill your boss protocol!!! Please don't do that!
I have NO TIME for this.
I always WELCOME those who really INTERESTED to deal with us. It's just as simple as ABC or Air Batu Campur! Everybody is looking for the cheapest in the market now. Not only cheaper but also in good quality, High Performance and BLA BLA...BLA.
CAN YOU GET THAT???
For example : The supplier spend  RM1k for the product you asking for, can they sell it for RM500???
Good supplier will take extra RM1k as profit including all costings. Or maybe your smile is the most beautiful thing the supplier could have on the day you meet him then you might have special discount...
Unfortunately you might see a really bad supplier who can take extra RM1.5k from what he spent. You don't know isn't it?
So dear Customers/Callers/Emailers :
We take extra 80-100% ONLY from what we spend for certain product. So it's up to you what kind of quality you looking for and how long you want to use it. (Durability).

If you ready to deal with us why not? 
Just call us : 017-354 4346/017-399 9637
Add : No. 13, Jln. TJ 1/4B, Kaw. Perindustrian Tuanku Jaafar 1 (Senawang Sentral), 71450 Sg. Gadut, Seremban, Negeri Sembilan.





Wednesday, January 28, 2015

Percutian BALI

zHello, hello, hello!
Lama tak update blog!
Hujung tahun 2014 kerja bertalu-talu datang... bersyukur kepadaNya.
(Saya akan muat-turun kerja2 tu dalam blog akan datang)

Sekarang nak share cerita pasal percutian ke Bali 4hb. - 9hb Januari 2015.
Sebenarnya dah lama booking malah dah tunda tarikh... kena RM216 untuk changing date tu!

Sambutan Maulidur Rasul di Singapore pada 3hb... dari sana terus singgah rumah jam 4.30 pg utk ambil bagasi dan anak hantar kami ke Airport flight jam 9.30 pg.
3 jam perjalanan kami pun sampai.

Dah hampir landing time...



Memang bermula di Airport lagi kita dah nampak kesenian Bali

Basah tekak di Kuta Karthi Hotel
Memandangkan kami sampai time lunch.... jadi makan kat Pizza Hut jerlah!
Hotel tempat kami tinggal ni walking distance jer utk ke mana2 dekat dgn Kartika Discovery Plaza, Kuta Art Market, pantai dan sekeliling kedai saja. Memang tinggal di tengah bandar Kuta!



Bukan kat atas canvas lagi... direct kat atas T-shirt




                   Pada pandangan saya, Bali bukanlah lokasi shopping orang pompuan mcm kat Jakarta dan Bandung.
Kat sini takda jualan kain pasang atau baju siap yg digilai wanita kita. Yang ada jualan kain batik, sarong batik dan batik sutera yang mencecah ribuan RM untuk sepasang!
Kira mcm berada di Yogjakarta... kebanyakannya kraftangan. Berbanding kraftangan di Yogja, Bali lebih keseniannya malah harga lebih murah tapi kena pandai bargain.
Tips : Ada beberapa Art Market yg menjual barangan tempatan iaitu Kuta Art Market, Krishna, Ubud Art Market, . Setiap tempat menjual hampir barangan yg sama cuma harga berbeza2. Yg paling murah di Krishna dengan harga tetap. Lain2 blh tawar-menawar. Terbaik anda datang pagi ketika perniagaan baru dibuka. Harga yg dibuka menjangkau 4 - 7 kali ganda! Maknanya anda tawar sehingga 70%... jika anda pelanggan pertama, mereka TIDAK AKAN lepaskan anda! Syok bila mereka berpegang pada ideologi ni...

z
Melawat perkampungan kraftangan (Wood Craft) Sebenarnya terdapat perkampungan yg menjalankan kegiatan kraft. Setiap kampung ada 1 produk...

 Anak pemilik rumah lukisan ini... generasi ke3. Dia turut mengambil kursus lukisan yakni Modern Art.





 Ini adalah generasi ke2 pelukis rumah ni... dia telah beberapa kali membuat pameran di Jepun.
 Gambar2 di atas diambil di salah satu pengusaha lukisan. Perkampungan ni semua kejiranan membuat lukisan. Kami tak pilih nak lawat rumah mana tapi supir yg recomen. Rasanya antara terbaik sebab lukisan mmg berkualiti. Atas adalah gambar pintu masuk. Lukisan mencecah ribuan RM.
Nak makan pun takut kan... macam lipan udang ni.... setiap ekor diletakkan dalam botol mineral...

Yg ni blhlah digagahkan lagi...

Nak panggil apapun tak tau!


Ini antara makanan yg dijual di Pub, Seafood, Kuta... Restoran mmg tak halal sebab babi antara makanan wajib ada! Maklumlah 90% penduduk adalah Hindu. Saya tak jumpa org Malaysia... rata2 european, Aussie, Japanese, China dan Indonesia sendiri dari lain2 daerah.
"Bali is for leisure not for Malaysian Shopholic..."

Satu2nya masjid yg saya jumpa kat Bali! Dah dekat dgn Airport depan Krishna Mall...


Ini sekitar Ubud Art Market lebih bersih dari lain2 Art Market...



Jimbaran Beach... indah kabar... depan laut OK, belakang tpt masak tgok... ada tu toilet betul2 2 langkah dari tempat bakar seafood!!! Yg cantik tempat masak tu di sebelah kanan dari main entrance tapi campur ---- tak halal




Siap ada band... tak paksa bayarpun!

Kami selang pakai supir dan self ride... baru tau kehidupan sebenar masyarakat Bali

Inilah antara photo2 yg diambil... ada byk lagi nnti saya muat turunkan kat entri lain