Wednesday, January 28, 2015

Percutian BALI

zHello, hello, hello!
Lama tak update blog!
Hujung tahun 2014 kerja bertalu-talu datang... bersyukur kepadaNya.
(Saya akan muat-turun kerja2 tu dalam blog akan datang)

Sekarang nak share cerita pasal percutian ke Bali 4hb. - 9hb Januari 2015.
Sebenarnya dah lama booking malah dah tunda tarikh... kena RM216 untuk changing date tu!

Sambutan Maulidur Rasul di Singapore pada 3hb... dari sana terus singgah rumah jam 4.30 pg utk ambil bagasi dan anak hantar kami ke Airport flight jam 9.30 pg.
3 jam perjalanan kami pun sampai.

Dah hampir landing time...



Memang bermula di Airport lagi kita dah nampak kesenian Bali

Basah tekak di Kuta Karthi Hotel
Memandangkan kami sampai time lunch.... jadi makan kat Pizza Hut jerlah!
Hotel tempat kami tinggal ni walking distance jer utk ke mana2 dekat dgn Kartika Discovery Plaza, Kuta Art Market, pantai dan sekeliling kedai saja. Memang tinggal di tengah bandar Kuta!



Bukan kat atas canvas lagi... direct kat atas T-shirt




                   Pada pandangan saya, Bali bukanlah lokasi shopping orang pompuan mcm kat Jakarta dan Bandung.
Kat sini takda jualan kain pasang atau baju siap yg digilai wanita kita. Yang ada jualan kain batik, sarong batik dan batik sutera yang mencecah ribuan RM untuk sepasang!
Kira mcm berada di Yogjakarta... kebanyakannya kraftangan. Berbanding kraftangan di Yogja, Bali lebih keseniannya malah harga lebih murah tapi kena pandai bargain.
Tips : Ada beberapa Art Market yg menjual barangan tempatan iaitu Kuta Art Market, Krishna, Ubud Art Market, . Setiap tempat menjual hampir barangan yg sama cuma harga berbeza2. Yg paling murah di Krishna dengan harga tetap. Lain2 blh tawar-menawar. Terbaik anda datang pagi ketika perniagaan baru dibuka. Harga yg dibuka menjangkau 4 - 7 kali ganda! Maknanya anda tawar sehingga 70%... jika anda pelanggan pertama, mereka TIDAK AKAN lepaskan anda! Syok bila mereka berpegang pada ideologi ni...

z
Melawat perkampungan kraftangan (Wood Craft) Sebenarnya terdapat perkampungan yg menjalankan kegiatan kraft. Setiap kampung ada 1 produk...

 Anak pemilik rumah lukisan ini... generasi ke3. Dia turut mengambil kursus lukisan yakni Modern Art.





 Ini adalah generasi ke2 pelukis rumah ni... dia telah beberapa kali membuat pameran di Jepun.
 Gambar2 di atas diambil di salah satu pengusaha lukisan. Perkampungan ni semua kejiranan membuat lukisan. Kami tak pilih nak lawat rumah mana tapi supir yg recomen. Rasanya antara terbaik sebab lukisan mmg berkualiti. Atas adalah gambar pintu masuk. Lukisan mencecah ribuan RM.
Nak makan pun takut kan... macam lipan udang ni.... setiap ekor diletakkan dalam botol mineral...

Yg ni blhlah digagahkan lagi...

Nak panggil apapun tak tau!


Ini antara makanan yg dijual di Pub, Seafood, Kuta... Restoran mmg tak halal sebab babi antara makanan wajib ada! Maklumlah 90% penduduk adalah Hindu. Saya tak jumpa org Malaysia... rata2 european, Aussie, Japanese, China dan Indonesia sendiri dari lain2 daerah.
"Bali is for leisure not for Malaysian Shopholic..."

Satu2nya masjid yg saya jumpa kat Bali! Dah dekat dgn Airport depan Krishna Mall...


Ini sekitar Ubud Art Market lebih bersih dari lain2 Art Market...



Jimbaran Beach... indah kabar... depan laut OK, belakang tpt masak tgok... ada tu toilet betul2 2 langkah dari tempat bakar seafood!!! Yg cantik tempat masak tu di sebelah kanan dari main entrance tapi campur ---- tak halal




Siap ada band... tak paksa bayarpun!

Kami selang pakai supir dan self ride... baru tau kehidupan sebenar masyarakat Bali

Inilah antara photo2 yg diambil... ada byk lagi nnti saya muat turunkan kat entri lain