Monday, February 15, 2016

Semangat Usia 50 Tahun

Hari ini adalah Ulangtahun ke 50 saya.
Bersyukur kepadaNYA kerana memberi saya nyawa sehingga hari ini dapat mengecapi kehidupan di mukabumiNYA.
Siapalah saya hanya perantau yang dilahirkan dan menunggu masa untuk pulang ke pangkuanNYA.
Syukur kepadaNYA juga di atas sambutan hari Ulangtahun anak kedua saya iaitu Mohd Azmi yang ke 21. Kami meraikannya pada tarikh yang sama iaitu 15hb. Februari.

Ingin saya kongsikan bersama semua,
hari ini jika kita perhatikan ramai yang tak sempat mencecah usia 40 tahun.
Hidup dan mati adalah perkara yang penuh tanda tanya. Seorang doktor pakar misalnya tidak dapat memastikan saat kematian seseorang, dia hanya boleh meramal.

Ertinya kehidupan dan hayat seseorang hanya DIA yang tahu.

Kepada belia, anak muda, remaja atau sesiapa yang baru mengenal sifir, memegang gaji pertama atau yang baru memiliki rumah sendiri.... jaga tuturkata. Jangan sekali2 biadap atau berbahasa kasar terhadap orang yang lebih tua. Saya beri contoh ; dalam 1 episod rancangan realiti, salah seorang dari juri memberitahu yang dia telah berumur 50++ lalu pengacara buat2 terkejut dan berkata "Ohh dah tualah ....." Disambut oleh juri tadi "ya saya memang dah tua tapi awak tengok sama ada awak boleh mencecah usia saya ni ke tidak!" Tersipu2lah si pengacara tadi....
Jadi kalau orang tu berotak yang berguna (semua org berotak tapi belum tentu berguna yer!) dia pasti malu dan merasa sangat bersalah sebab maksud si juri tadi... dia bangga mencecah usia tua tu sedangkan tak siapa tahu orang lain yang lebih muda mampu mencecah usia setua dia.
Usia manusia sekarang begitu rapuh jadi bila mencecah 40 tu dah patut bersyukur dan sedar diri.

Hargailah kehidupan yang diberiNYA.
Begitu ramai orang yang sakit minta dipanjangkan umur ... bermati-matian melawan penyakit, ingin cepat sembuh... di sebaliknya ada pula yang saja nak mati cepat! Begitu tidak tau menghargai nyawa yang diberi Pencipta.

Sama2lah kita berenung-renungan bukan pada bulan mengambang tapi pada jiwa kita sendiri.
Apakah yang selama ini kita buat untuk kebaikan diri, keluarga dan agama. Usahlah kita beriri hati, berkecil hati atau makan hati dengan kehidupan ini KERANA tu sumer FOYO belaka! (Ini jawaban awie... jawaban saya lain). 
KERANA kita hidup sementara. Apa yang ada pinjaman belaka yang mana di dunia pinjaman dengan bank, akhirat pulak.... tinggal semua modal kain putih jer!
BUANGLAH HASAD DENGKI sebab ia merosak jiwa. "Makan dalam tu... bro!" Apa tidaknya... orang duit banyak kita pulak tak tidur lena... aper cher?
JANGAN TAMAK... kita nak untung RM5 sampai nak orang lain dapat HANYA 5 sen! Usahlah tawar harga sesuatu jualan sampai tahap GABAN... agak2lah bro! Kekadang orang tua berniaga dengan kudrat mengangkat jualan, membuat atau modal dia sendiri... patut "keep the change bro/kak cik! 
JANGAN BERLAGAK... biar orang berlagak dengan kita, selagi kita boleh sabar... sabar. Melainkan lagak dia lebih dari stuntmen. Baru "hang bagi... PUKUI sampai lebam2, lantaq pi".
Maksud berlagak ni : (Ok ni berdasarkan pengalaman saya dan perniagaan saya).
Bertanya dalam nada selenq... nak cakap mat salleh bukan, tapi dialek tu lain macamlah. Nak muntahlah acik dengar! Bukanlah maksudnya saya menolak kemajuan! Ada pelanggan yang baru sekali dua menempah barang dengan saya, kemudian menempah untuk ke seterusan kalinya. Menggesa saya sehingga saya terpaksa mengenepikan order orang lain. Tanpa sesen deposit saya uruskan order dia TAPI rupa2nya saya berdepan dengan orang yang separuh sakit mental tanpa rasmi. Saya terpaksa membayar 2 x caj skylift kerana kesilapan dari pihak dia. Dah masuk 14 tahun saya berniaga ini kali pertama saya berdepan dengan orang macam ni. (Saya rasa kalau dia berdepan dengan company besar2 jam tu jugak penumbuk naik ke muka dia... sebab saya perempuan dan company kecik pun dah rasa nak bagi penumbuk!) Jadi dari cerita ni... duit boleh cari yer, TAPI budi bahasa tak boleh dijual beli. Sekali kita kurang adab sampai bila pun orang tak suka. Terus terang saya tak mahu tengok muka dia sampai akhir hayat seboleh2nya. Bukan berdendam sebab itu tak baik, saya malu dengan perbuatan dia yang tidak tahu menghormati orang lain dan bercakap bak kata orang tua2 "lidah biawak". Kalau tak tau maknanya tanya orang tua2 kat luar sana.
JANGAN MENGATA DAN MEMBUAT FITNAH... Wah ini masalah besar. Kalau kena pada orang lurus bendul abislah jawabnya. Lidah itu lebih tajam dari pedang. Berkatalah sesuatu yang baik2 kerana hasilnya baik juga. Berkata benar ,,, itulah antara slogan atau kata nasihat yang biasa kita dengar. Jika tidak dapat mengelak dengarkan saja. Tapi jangan sekali2 mengiyakan, menokok tambah atau menyokong sesuatu cerita. Jadilah orang bodoh di saat ini... mendiam diri asal anda tidak bodoh di sisiNYA.

Cukuplah cerita dan kata2 yang ingin saya kongsikan bersama demi pencerahan jiwa. 
Kalau kita tak ubah hari ini bila lagi?
Hidup tak tentu sampai bila....



2 comments: