Wednesday, April 12, 2017

Menghadapi hari tua

Hello semua!
Bersyukur masih diberi nyawa untuk terus berada di sini... dunia yang sementara bagi setiap manusia.

Saya tertarik untuk 'update' blog dengan cerita berikut :

Pasal Hukum karma...
Setiap orang akan kehilangan kekuatan dari segi fizikal mengikut meningkatnya usia.
Timbul penyakit yang tidak diundang secara rasmi.
Naluri beragama semakin mendalam kerana takut mati.

Namun :
tidak semua individu mengikut aturan Hukum Karma ini.
Ada yang mencecah usia 60++ tapi masih gagah malah mampu menarik perhatian. Antara sebabnya mereka disiplin sejak muda. Menjaga pemakanan dan fizikal dengan baik. Pernah saya bermain Catur secara online dengan seorang lelaki berusia 82 tahun (Mat Saleh). Saya kalah tidak lebih dari 5 steps... wow! Menunjukkan walau sudah berusia namun daya fikir begitu baik.

Saya bersyukur kepadaNya kerana sehingga hari ini saya masih mempunyai ayah yang saya panggil abah. Berusia 86 tahun. Tahun 2015 pertengahan tahun emak saya kembali kepada Pencipta pada usia 76 tahun. Seorang yang pandai berseloroh dan kuat fizikal. Namun kerana kurang tidur dan tidak selera makan beliau mengidap penyakit 'lupa', 17hb. Jun 2015 sehari sebelum Ramadhan tarikh tamatnya perjanjian beliau dengan Pencipta. Dalam masa yang sama abah terjatuh lalu tidak boleh berjalan. Beliau terbaring selama beberapa bulan. Dalam usia 83 tahun beliau menjalani operasi memasukkan skru di peha akibat retak terjatuh. Saya mengalami masalah kemurungan sepanjang emak tidak sihat apatah lagi keadaan abah yang terlantar. Hampir setahun setengah abah kuat semangat mula boleh duduk.... berdiri dan kini boleh berjalan ke bilik air dengan bertongkat. Syukur kepadaNya.

Saya kagum kerana beliau sangat disiplin di segi kebersihan dan aturan kehidupan seharian. Mental juga sangat kuat malah masih boleh berbincang hal2 semasa.

Berbalik kepada tajuk menghadapi Hari Tua ini, saya berpendapat ada baiknya orang2 tua yang sudah menjangkau usia 70++ mengadakan perjumpaan dengan teman2 (terutama bagi mereka yang dah 'single') untuk berbicara tentang kehidupan masing2... bertukar2 fikiran dan berkongsi masalah (anak, cucu atau cicit). Memang anak2 di rumah sibuk jarang dapat berbual panjang. Jadi dengan adanya teman2 itu menghilangkan rasa bosan. Hukum Karma itu kalau sudah semakin tua maka jika dibiarkan 70 % di dalam minda akan fikir pasal mati. Memang tak salah! Tapi mati itu di mana2 tanpa mengira usia.

Semakin tua semakin erat beragama... betul tak? Saya tidak cenderung kepada ilmu Feqah atau Syariat. Takkan selama hidup hingga penghujung masih nak merangkak-rangkak! Asyik dok belek kulit bila nak makan isinya? Ha... itu kenalah belajar ilmu Hakikat TETAPI jangan sampai mengaku diri,,, syirik pulak. Bak kata ulama "kalau selama hidup tidak kenal Allah macamana kalau dah mati boleh kenal?" Rugi diberi nyawa yang panjang tapi tidak mengenal Pencipta atau Pemberi Nyawa tadi. Agama Islam itu bukan tradisi yang diwarisi... tetapi sesuatu yang wajib dituntut.

Menghadapi Hari Tua adalah cara kita menghadapi apa yang telah ditulisNya.

Pada saya selagi berdaya... bekerjalah (maklumlah komitmen masih banyak). Di segi gahnya dunia... bersyukur apa yang ada. Yang penting selamat dunia dan akhirat. Mengejar keduniaan ini tiada penghujungnya................................





No comments:

Post a Comment