Monday, June 19, 2017

Agama itu bukan warisan tetapi satu TUNTUTAN

Saya terpanggil untuk menulis 'new post' berikutan berlalunya Nuzul Quran 1438H. Saya ingin ianya tercatat sebagai peringatan peribadi juga untuk sesiapa yang boleh memikirnya kelak.

Islam adalah agama yang sama sekali bukan satu warisan. Jika kita dilahirkan dari baka yang menganut Islam... maka akan berbin atau berbinti lah kita. Secara tak langsung kita penganut agama Islam. Ia kelihatan seperti warisan... sebenarnya tidak. Pandangan saya keyakinan dan kepercayaan seseorang itu tidak dipaksa. Mungkin kecenderungan seseorang yang lahir lebih kepada kepercayaan lain... tetapi kerana adat dan tradisi maka ianya tersembunyi (kalau di negara Malaysia) tidak di Indonesia yang membolehkan kahwin campur malah ke liang lahat juga tiada paksaan. Ikut pada simati apa kepercayaan dia. Jadi agama Islam bukan warisan.

Lihat sahaja kehidupan seorang yang dilahirkan Islam... adakah cara hidup mengikut amalan Islam? Perkara2 yang dilarang agama dibuat sewenang-wenangnya. Di sebelah pihak lain semua perkara2 yang dipelajari sejak di bangku sekolah berkaitan aqidah dan syariat diikut tanpa mengkaji isi Islam itu sendiri. Seorang wanita tidak bertudung dikecam... tak masuk syurga dalam ertikata lain masuk neraka. Malah semua saudara lelaki, ayah dan suami akan menanggung dosa mereka. Inilah fatwa yang dikeluarkan oleh para ulama. Hukum itu ketentuan manusia ker? Alangkah mudah manusia mendolak dalih menokok tambah isi2 agama!

Sedang tidak pernah mengeluarkan fakta mengapa manusia itu dilahirkan dan wajibnya bagi seseorang itu mengenal Allah. Kenapa terdapat 4 Imam di dalam Islam??? (Mazhab)
Allah itu Esa dan pengutusNya adalah Rasulullah. Sepatutnya Mazhab tu satu jer... kenapa beza pendapat? Semua manusia dilahirkan WAJIB mengenal siapa PENCIPTANYA walaupun dia dilahirkan nasrani atau kristian. Agama hanya satu yakni Islam manakala yang lain2 hanyalah kepercayaan.

Hari ini begitu ramai menganggap agama itu semua sama.... selagi berbuat baik sesama manusia itu dah cukup! Ini lagi parah dan menular di kalangan muda mudi terutama yang mengamal kehidupan barat. You can do whatever bullshit out there but be good with people around you! What the hell is that means? Hukum hakam Islam tidak berubah.

Ada pula begitu fanatik untuk beramal untuk mendapat pahala. Allah tentu kecewa sebab manusia mencari pahala. Untuk apa? Sebab nak masuk syurga. Lagi kecewa kerana manusia berkehendak kepada syurgaNya dan bukan DIA. Sedang tuntutan Allah adalah kasih kepadaNYA. Maka keikhlasan adalah pokok beragama. Allah tidak melihat rupa kamu tetapi roh yakni hati. Itu sahaja yang akan diambil kembali dan menentukan tuju terakhir seseorang. Rambut? Muka? Mata... segala ciptaanNya...

Manusia hari ini begitu berani 'mencabar' Allah tanpa disedari. Mengagungkan seseorang kerana amalannya.... kerana kepandaiannya... kecantikannya... kekuatannya... kekayaannya! Ustaz diagung2kan seolah2 sama taraf dengan Nabi. Menuntut ilmu hitam untuk keperluan dunia. Beramal dengan melakukan syariat menari2... menyembah batu kononnya rumah Allah! Rumah yang pernah terbakar, ditimpa bencana... tidakkah Allah itu mampu menjaga rumahNya? Sedangkan itu hanya sejarah. Bukan sesuatu untuk disembah. Jika sesuatu itu dianggap rumah Allah maka Allah itu bertempat. Berhati2lah dalam menuruti sesuatu...

Terdapat satu ayat HR. Al-Baihaqi :
Daripada Ali bin Abi Talib r. a. berkata : telah bersabda Rasulullah saw : "Akan datang suatu zaman di mana tidak tinggal lagi daripada Islan ini kecuali pada NAMAnya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali pada tulisannya, Masjid2 tersergam indah, tetapi ia kosong daripada HIDAYAH. Ulama yang ada adalah sejahat2 makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca FITNAH, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali:.

Pendapat memang berbeza2 tapi hakikat manusia dan bumi ini dicipta hanya SATU.


Saturday, June 3, 2017

Sharing my EXPERIENCE

I'm a "straight forward" person. Serius bila perlu namun suka berlawak. Saya paling tak suka orang yang suka ambil kesempatan dan menikam di belakang. So jika anda jenis ini... JAUHI diri anda dari hidup saya. Please...
Saya bercita2 nak jadi Pramugari dan Inspektor Polis.
Saya telah berjaya melalui interview namun membatalkan hasrat untuk meneruskan kerjaya tersebut kerana beberapa alasan peribadi.
Lantas saya meneruskan bidang Art & Design yang telah dimulai. (Offered to further study at Columbus College, Ohio).
Beralih dari 'manual' yang membosankan ke bidang Graphic Design dengan menceburi bidang pengkomputeran di awal 90an. Memang tidak dinafikan akademik penting tetapi kepintaran itu bukan setakat apa yang dipelajari tetapi apa yang difahami. Tentang hidup dan alam sejagat.
Saya tidak mementingkan status atau kedudukan di dalam masyarakat. Maksudnya saya tidak mengejar apa yang dianggap 'gah' oleh semua orang sebaliknya saya mahu melakukan sesuatu yang saya suka dan ianya benar pada saya. Kenapa saya mesti ikut orang? Sedang apa yang saya ikut itu bukan kehendak saya? Saya mendapat bayaran sebanyak RM300 sehari dalam tahun 1992 sebagai animation artist. Saya berhenti dan bekerja sebagai 'kuli' dengan bermula di titik '0' semata2 untuk menagih ilmu di bidang Pengiklanan. (Di Seremban). I worked like hell!!! Gaji saya sebulan tak sampai RM1k. I'm mother of 2 and we haven't enuf money to survived for couple of yrs!
I've been thru my hard time... really!
Started 1997 ~ 2001 saya menagih seberapa banyak ilmu di bidang Pengiklanan. Saya tak gentar dan tidak menoleh ke belakang untuk menyesal meninggalkan kemewahan sebelumnya. Apa yang saya pelajari di bidang Pengkomputeran bermula di ITH Holdings di mana semua pembelajaran Software Computer ditanggung oleh company dengan membayar RM3k untuk 1 software. Saya belajar Photoshop, Illustrator, QuarkExpress dan PageMaker. RM12k tanggungan Company malah saya dibayar gaji lagi.
Lebih kurang 4 tahun saya jadi 'kuli' sebelum memulakan langkah menjalankan perniagaan Pengiklanan sendiri. Kenapa saya kata menjadi 'kuli'? Saya bekerja seolah2 saya tidak ada pelajaran langsung! Namun saya menanam cita2 bahawa apa yang saya lalui ketika itu adalah perisai untuk saya menjadi lebih kuat bila berada di dunia perniagaan saya sendiri nanti.
Apa yang saya belajar selama jadi 'kuli' tu? Di Liza Advertising saya boleh menulis dan melukis di atas kain sepanjang 40' (atau lebih) secara manual. (Ketika itu tidak ada machine menjalankan banner... semua ditulis di atas kain putih saja). Saya mampu menampal sticker di atas cermin di pejabat2 kerajaan, sekolah dan di kilang2  dengan dikelilingi ramai orang. Kerana saya telah melalui pengalaman sebagai 'kuli' tadi maka tidak ada perasaan gemuruh malah saya dipuji2. (Saya tak teruja pun).
7 tahun saya menjalankan perniagaan sendiri dan diikuti oleh suami setelah 7 bulan beroperasi. Akhirnya saya mampu membeli rumah baru serta lot kedai sendiri. Bersyukur kepadaNya. Itulah kunci utama kejayaan saya kerana kehendakNYA jua.
Kepada anda di luar sana...
jangan takut dan malu dengan situasi anda. Buat sesuatu biarlah bertanya pada diri anda sendiri tentang keinginan dan kemampuan. Peduli apa orang kata... jangan berharap kepada sesuatu yang tak pasti atau tak logik. Jalankan kewajiban kepada Pencipta.
Kejayaan tidak datang menggolek! Work for it...

Friday, June 2, 2017

STICKER KERETA


No automatic alt text available.Anda boleh lekat terus ke kereta anda. Sama ada di dinding kereta, di atas cermin atau di mana saja permukaan yang licin. Harga bermula serendah RM2 ke atas. Jika anda ada design sendiri boleh membuat tempahan dengan memberi ukuran saiz yang dikehendaki beserta jumlah. 
Sticker bukan Inkjet Print. Tahan sehingga 3 tahun.
Cara nak ORDER :
Pilih gambar mana.... Mudah wataps ke 017-354 4346 / 017-354 4346
Kami beritahu ukuran serta harga. (Bagi ready stock)

No automatic alt text available.No automatic alt text available.No automatic alt text available.No automatic alt text available.No automatic alt text available.No automatic alt text available.Image may contain: textNo automatic alt text available.No automatic alt text available.No automatic alt text available.Image may contain: textNo automatic alt text available.No automatic alt text available.No automatic alt text available.No automatic alt text available.Image may contain: textNo automatic alt text available.

Sticker kereta BERKUALITI

Ingin kelainan lagi bergaya? Dapatkan khidmat pemasangan PVC Sticker khas untuk OUTDOOR.




Kami menggunakan sticker yang HIGH QUALITY bukan China Produk yang hanya bertahan 6 bulan!!! Bukan Inkjet Print yang bertahan kurang setahun!!!

Image result for car stripe
STICKER STRIPE

Pilihan warna sticker :
Sebarang warna 'flat' seperti gambar
Atau Pantul Cahaya (Reflector)
Kami guna Engineer Grade 3M Original.
(Terdapat 3M Ciplak China di pasaran ~ hati-hati!)
Harga : RM100 untuk cover
engine, bumbung dan bonet barang.
(Double line macam gambar di atas)
RM200 untuk Pantul Cahaya
Harga termasuk pemasangan



Bagi pengguna HILUX Toyota, kami menyediakan
sticker warna yang sama dengan keluaran kilang.
Justeru itu kami mempunyai pelanggan tetap dari workshop Toyota yang menukarganti spareparts dan pemasangan sticker dibuat di bengkel kami.
Jika sticker anda rosak boleh datang terus...

WAZE : taip Kin Soon Fatt Engineering
Kedai berhadapan.
Liza Advertising
No. 13, Jln. TJ 1/4B, Kaw. Perindustrian Tuanku Jaafar 1,
71450 Sg. Gadut, Seremban, Negeri Sembilan.
017-354 4346 / 017-399 9637
(Message ~ Call ~ Watapz)
Boleh melalui POS tambahan RM10No automatic alt text available.
Sticker untuk LORI bagi tujuan Inspection JPJ beserta BDM/BTM (Tahan lama)