Monday, June 19, 2017

Agama itu bukan warisan tetapi satu TUNTUTAN

Saya terpanggil untuk menulis 'new post' berikutan berlalunya Nuzul Quran 1438H. Saya ingin ianya tercatat sebagai peringatan peribadi juga untuk sesiapa yang boleh memikirnya kelak.

Islam adalah agama yang sama sekali bukan satu warisan. Jika kita dilahirkan dari baka yang menganut Islam... maka akan berbin atau berbinti lah kita. Secara tak langsung kita penganut agama Islam. Ia kelihatan seperti warisan... sebenarnya tidak. Pandangan saya keyakinan dan kepercayaan seseorang itu tidak dipaksa. Mungkin kecenderungan seseorang yang lahir lebih kepada kepercayaan lain... tetapi kerana adat dan tradisi maka ianya tersembunyi (kalau di negara Malaysia) tidak di Indonesia yang membolehkan kahwin campur malah ke liang lahat juga tiada paksaan. Ikut pada simati apa kepercayaan dia. Jadi agama Islam bukan warisan.

Lihat sahaja kehidupan seorang yang dilahirkan Islam... adakah cara hidup mengikut amalan Islam? Perkara2 yang dilarang agama dibuat sewenang-wenangnya. Di sebelah pihak lain semua perkara2 yang dipelajari sejak di bangku sekolah berkaitan aqidah dan syariat diikut tanpa mengkaji isi Islam itu sendiri. Seorang wanita tidak bertudung dikecam... tak masuk syurga dalam ertikata lain masuk neraka. Malah semua saudara lelaki, ayah dan suami akan menanggung dosa mereka. Inilah fatwa yang dikeluarkan oleh para ulama. Hukum itu ketentuan manusia ker? Alangkah mudah manusia mendolak dalih menokok tambah isi2 agama!

Sedang tidak pernah mengeluarkan fakta mengapa manusia itu dilahirkan dan wajibnya bagi seseorang itu mengenal Allah. Kenapa terdapat 4 Imam di dalam Islam??? (Mazhab)
Allah itu Esa dan pengutusNya adalah Rasulullah. Sepatutnya Mazhab tu satu jer... kenapa beza pendapat? Semua manusia dilahirkan WAJIB mengenal siapa PENCIPTANYA walaupun dia dilahirkan nasrani atau kristian. Agama hanya satu yakni Islam manakala yang lain2 hanyalah kepercayaan.

Hari ini begitu ramai menganggap agama itu semua sama.... selagi berbuat baik sesama manusia itu dah cukup! Ini lagi parah dan menular di kalangan muda mudi terutama yang mengamal kehidupan barat. You can do whatever bullshit out there but be good with people around you! What the hell is that means? Hukum hakam Islam tidak berubah.

Ada pula begitu fanatik untuk beramal untuk mendapat pahala. Allah tentu kecewa sebab manusia mencari pahala. Untuk apa? Sebab nak masuk syurga. Lagi kecewa kerana manusia berkehendak kepada syurgaNya dan bukan DIA. Sedang tuntutan Allah adalah kasih kepadaNYA. Maka keikhlasan adalah pokok beragama. Allah tidak melihat rupa kamu tetapi roh yakni hati. Itu sahaja yang akan diambil kembali dan menentukan tuju terakhir seseorang. Rambut? Muka? Mata... segala ciptaanNya...

Manusia hari ini begitu berani 'mencabar' Allah tanpa disedari. Mengagungkan seseorang kerana amalannya.... kerana kepandaiannya... kecantikannya... kekuatannya... kekayaannya! Ustaz diagung2kan seolah2 sama taraf dengan Nabi. Menuntut ilmu hitam untuk keperluan dunia. Beramal dengan melakukan syariat menari2... menyembah batu kononnya rumah Allah! Rumah yang pernah terbakar, ditimpa bencana... tidakkah Allah itu mampu menjaga rumahNya? Sedangkan itu hanya sejarah. Bukan sesuatu untuk disembah. Jika sesuatu itu dianggap rumah Allah maka Allah itu bertempat. Berhati2lah dalam menuruti sesuatu...

Terdapat satu ayat HR. Al-Baihaqi :
Daripada Ali bin Abi Talib r. a. berkata : telah bersabda Rasulullah saw : "Akan datang suatu zaman di mana tidak tinggal lagi daripada Islan ini kecuali pada NAMAnya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali pada tulisannya, Masjid2 tersergam indah, tetapi ia kosong daripada HIDAYAH. Ulama yang ada adalah sejahat2 makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca FITNAH, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali:.

Pendapat memang berbeza2 tapi hakikat manusia dan bumi ini dicipta hanya SATU.


No comments:

Post a Comment