Saturday, June 3, 2017

Sharing my EXPERIENCE

I'm a "straight forward" person. Serius bila perlu namun suka berlawak. Saya paling tak suka orang yang suka ambil kesempatan dan menikam di belakang. So jika anda jenis ini... JAUHI diri anda dari hidup saya. Please...
Saya bercita2 nak jadi Pramugari dan Inspektor Polis.
Saya telah berjaya melalui interview namun membatalkan hasrat untuk meneruskan kerjaya tersebut kerana beberapa alasan peribadi.
Lantas saya meneruskan bidang Art & Design yang telah dimulai. (Offered to further study at Columbus College, Ohio).
Beralih dari 'manual' yang membosankan ke bidang Graphic Design dengan menceburi bidang pengkomputeran di awal 90an. Memang tidak dinafikan akademik penting tetapi kepintaran itu bukan setakat apa yang dipelajari tetapi apa yang difahami. Tentang hidup dan alam sejagat.
Saya tidak mementingkan status atau kedudukan di dalam masyarakat. Maksudnya saya tidak mengejar apa yang dianggap 'gah' oleh semua orang sebaliknya saya mahu melakukan sesuatu yang saya suka dan ianya benar pada saya. Kenapa saya mesti ikut orang? Sedang apa yang saya ikut itu bukan kehendak saya? Saya mendapat bayaran sebanyak RM300 sehari dalam tahun 1992 sebagai animation artist. Saya berhenti dan bekerja sebagai 'kuli' dengan bermula di titik '0' semata2 untuk menagih ilmu di bidang Pengiklanan. (Di Seremban). I worked like hell!!! Gaji saya sebulan tak sampai RM1k. I'm mother of 2 and we haven't enuf money to survived for couple of yrs!
I've been thru my hard time... really!
Started 1997 ~ 2001 saya menagih seberapa banyak ilmu di bidang Pengiklanan. Saya tak gentar dan tidak menoleh ke belakang untuk menyesal meninggalkan kemewahan sebelumnya. Apa yang saya pelajari di bidang Pengkomputeran bermula di ITH Holdings di mana semua pembelajaran Software Computer ditanggung oleh company dengan membayar RM3k untuk 1 software. Saya belajar Photoshop, Illustrator, QuarkExpress dan PageMaker. RM12k tanggungan Company malah saya dibayar gaji lagi.
Lebih kurang 4 tahun saya jadi 'kuli' sebelum memulakan langkah menjalankan perniagaan Pengiklanan sendiri. Kenapa saya kata menjadi 'kuli'? Saya bekerja seolah2 saya tidak ada pelajaran langsung! Namun saya menanam cita2 bahawa apa yang saya lalui ketika itu adalah perisai untuk saya menjadi lebih kuat bila berada di dunia perniagaan saya sendiri nanti.
Apa yang saya belajar selama jadi 'kuli' tu? Di Liza Advertising saya boleh menulis dan melukis di atas kain sepanjang 40' (atau lebih) secara manual. (Ketika itu tidak ada machine menjalankan banner... semua ditulis di atas kain putih saja). Saya mampu menampal sticker di atas cermin di pejabat2 kerajaan, sekolah dan di kilang2  dengan dikelilingi ramai orang. Kerana saya telah melalui pengalaman sebagai 'kuli' tadi maka tidak ada perasaan gemuruh malah saya dipuji2. (Saya tak teruja pun).
7 tahun saya menjalankan perniagaan sendiri dan diikuti oleh suami setelah 7 bulan beroperasi. Akhirnya saya mampu membeli rumah baru serta lot kedai sendiri. Bersyukur kepadaNya. Itulah kunci utama kejayaan saya kerana kehendakNYA jua.
Kepada anda di luar sana...
jangan takut dan malu dengan situasi anda. Buat sesuatu biarlah bertanya pada diri anda sendiri tentang keinginan dan kemampuan. Peduli apa orang kata... jangan berharap kepada sesuatu yang tak pasti atau tak logik. Jalankan kewajiban kepada Pencipta.
Kejayaan tidak datang menggolek! Work for it...

No comments:

Post a Comment