Thursday, August 17, 2017

SIGNBOARD KEDAI

Setiap minggu saya terima panggilan bertanyakan pasal Papantanda tak kira sama ada Kedai, Pejabat, Kilang mahupun Sekolah.
Masih ramai yang tak tahu berkenaan jenis2 Papantanda ni. Paling malang mereka mencari yang paling murah! POLO dengan KANCIL tak sama performance yer! Tapi kalau anda mencari yang nak guna less dari 1 tahun beginilah jadinya. Baru berniaga 6-7 bulan, signboard dah KELABU ASAP. Pelanggan nak cari kedai dah tak jumpa! Lebih malang reputasi drop / Imej Company alamak!!!... camana nk deal bisnes signboard pun 'TAK confident'.

Kenapa takut nak bayar harga lebih untuk sesuatu yang jauh lebih baik dan berbaloi. Lebih pun bukan banyak dibandingkan dengan barangan CAP AYAM  tu! (Bayar mahal tapi dapat Cap Ayam... bila dah guna 6-7 bulan baru perasan tapi takkan dapat claim duit yang dah dibayar kan!) Menyesal kemudian tiada guna.


Kalau pemasangan di tingkat 2 atau 3 akan ada caj skylift... takkan anda nak tukar signboard setiap tahun?

JENIS-JENIS :
# 1 Papantanda zink menggunakan INKJET PRINT 
   20' X 4' = RM1,000.oo siap pasang (Tingkat 1)
   Ketahanan HANYA 1 tahun bererti dalam 8 bulan dah blur/kabur. Contoh seperti gambar di atas.
   Pada hari pertama signboard tiba di lokasi anda ia kelihatan begitu cantik sedangkan ia adalah
   bahan cetakan ink yang semuanya sama tidak lebih dan tidak akan bertahan sampai 2 tahun
   sebagaimana di uar2kan. UV protection itu hanya slogan untuk menarik perhatian anda. Hakikatnya    hanya ditampal dengan sticker laminate. Besi hollow 0.8mm katogeri nipis jadi signboard lebih
   ringan tetapi cepat reput dek faktor cuaca.

# 2  Papantanda zink menggunakan CUTTING STICKER (China Product)
       20' X 4' = RM750.oo siap pasang (Tingkat 1)
       Ketahanan KURANG  dari SETAHUN, 6 bulan dah TERKOPEK

# 3  Papantanda zink menggunakan CUTTING STICKER (Taiwan Product)
       20' X 4' = RM1,200.oo siap pasang (Tingkat 1)
       Ketahanan antara 3 - 5 tahun
       Lebih RM200 sahaja dari harga INKJET PRINT sedangkan anda boleh sekurang2nya tumpu  
       perhatian pada bisnes anda dari memikirkan setiap tahun nak tukar signboard. (Sedangkan
       kejatuhan RM membuatkan material Iklan sentiasa naik harga). Besi frame 1.0mm ketebalan
       lebih berat tetapi tahan lama.

Di antara jenis-jenis di atas yang terbaik adalah # 3 NAMUN
Anda nak tahu kenapa CUTTING STICKER (Taiwan Product) hanya mendapat sambutan dari mereka yang memikir KUALITI? dan bukan HARGA?
# 1 Cutting Sticker teknik memerlukan pekerja mahir yang mampu membuat pengiraan serta        
      menampal sticker itu sendiri.

# 2 Gaji pekerja mahir jauh lebih mahal. Bagi mereka yang menggunakan pekerja Bangla kerja lebih
      mudah dengan print ikut saiz signboard dan kemudian roll jer di atas plat tanpa perlu membuat
      kiraan. Sedangkan sabun yang digunakan itu merosakkan ketahanan ink dan sticker.

# 3 Sikap peniaga nak anda datang jumpa mereka SETIAP TAHUN. Jika bagi produk yang tahan
      sehingga mencecah 5 tahun.... bererti mereka tidak ada bisnes!!! (Sedangkan pengalaman saya 15
      tahun berniaga di bidang pengiklanan ini, mereka yang percaya dengan saya akan rekoman  
      rakan2 dan sedara mara untuk menempah dengan kami) Ramai rakan seperjuangan saya sama
      ada Melayu, Cina mahupun India yang tutup kedai kerana kehilangan kepercayaan pelanggan.
      Takkan tiap2 tahun nak tukar signboard betul tak??? (Orang yang bijak akan fikir jauh sebab
      takkan nak berniaga setahun jer).

# 4 "Cutting Sticker" bererti sticker ditampal di atas base yang juga sticker. Alasan yang menjadi
      pelanggan takut nak guna teknik ini adalah "Nanti sticker tak tahan, terkopek". Kalau guna
      produk China yang harga murah tu memang 6 bulan dah terkopek. Tapi untuk produk Taiwan
      semua di bawah jaminan kilang. Kita dah 'test' material ni....

Image may contain: text


Ini Contoh Papantanda Berlampu (Lightbox) bersaiz 20' x 4' (Standard kedai) Jika anda ke Kaw. Perindustrian Tuanku Jaafar 1 (Berdekatan dengan kedai kami) anda boleh lihat sendiri ketahanan material kami yang kini telah memasuki tahun kedua.
Harga pasaran RM2,000.oo manakala harga kami RM2,200.oo.
Jangan pandang RM200 tu sebab anda dapat guna sehingga 3 - 5 tahun.
Sedangkan INKJET PRINT kurang dari setahun dah mula kabur.

Kami menawarkan produk yang berkualiti dan berbaloi anda membayarnya sebab bagi kami "TAK RUGI" memberi yang terbaik. Tidak akan kaya bila "MENCURI" dalam diam2 untuk mendapat untung lebih!
Prinsip ini kami gunapakai sejak 2002 hingga kini dan hasilnya... Pencipta saja yang tahu.
Buat baik mesti dapat yang baik itu adalah KARMA ALAM.

Namun pilihan di tangan anda... kalau nak guna 6 bulan atau guna kejap bolehlah pilih yang murah.
Tapi jangan kata kami tak 'explain'....


Be a smart user and value your RM at the right place.


BERMINAT : Call / Wataps : 017-354 4346 / 017-399 9637